Pengikut

Exam Datang Lagi...

salam alaik...

Jam menunjukkan pukul 8:10 pm(waktu mesir)..angin yg amat sejuk memasuki kamar yg amat tenang walaupon skunk nih musim spring...erm,terasa berat kepala nih,maklumla next week dah start exam tuk physio....entah bagaimana persediaan kami berlima nih ???smua org muka macam pisang , ke macam mangga?....huhuhu..wahai sahabat2 sedar x kita dah dekat dgn FINAL nih???!!!macam2 duk fikir dalam kepala nih...balik malaysia,exam,balik malaysia ,exam..hahahaha tu aje yg bermain dibenak fikiran,(aku aje la..housemate yg lain x tau r pulak..)eh,apa yg aku nk update malam nih ek?owh...maaf update terbengkalai sekejap coz ust Amir datang nk baiki kepala RJ45 yg sudah lama patah gara2 keganasan yg x keterlaluan..hehe ........

sambung balik.....{thanx ust, baiki kepala wayar tenet ana n zumi}


Owh ye,sebenarnya nk bg tau pasal exam..bg mansoura U,conventional programme,kitorg dah start exam written sheet bg practical physio on 24 march 09.Tajuk yg masuk adalah:

1.Arterial Blood pressure(ABP)

2.Electrocardiogram(ECG)

3.Erythrocyte sedimentation rate(ESR)

4.Anemia

5.Clotting

6.Bleeding

7.prothrombin

8.Haematocrit Value

7.Osmotic fragility test

8.Blood group

Bagi subjek Biochemistry :Milk,DNA extraction,physical chemistry n Electrophoresis

erm,agak banyak tuh..nanti harap2 kitorg dapat jwp dgn cemerlang..insyaallah...huhu..sebenarnya aku terpaksa update malam nih gara2 housemate aku yg sorang tuh dah berbunyi apasal aku x update2 blog katanya, k fiza selalu masuk blog ni,yeke?thanx k fiza sbb masuk selalu kat blog entah apa2 nih..

Jadual exam tuk subjek2 lain x kuar lagi, insyaAllah akn menyusur lps ni kat syuu'n Tullab...skrg nih,dah terasa debaran tuk pekse Final,bibik2 rajin study dah mula nmpk skunk nih, klu dulu muzium x selalu penuh dgn org,tp skrg ....masyaAllah penuh dgn student, x kira Arab or Msia..smua semangat menghafal musle2 dlm jar tu..almaklumla kitorg x de mayat..kitorg cuma ada jar sahaja..

ok la..aku rasa setakat nih shj ,aku nk p study lak,esok ada tuisyen cam biasa .kat tuisyen tu,kitorg akn diberi soalan dulu,baru boleh belajar tajuk baru..erm,begitulah kehidupan seorg medical student ni,cuti macam x cuti..haha

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan,sesuai dengan kesanggupannya"

albaqarah:286

p/s 1 :tahniah buat adik2 IMTIAZ Dungun ,SHAMS ,mahad muhammadi lilbanat MRSM kuala Lipis n Convent klang yg berjaya dalam spm 2008 baru2 nih..nak datang sini mehla,kitorg tunggu kdtgn korunk smua~

p/s 2:buat madihah,tahniah dapat 20A..menaikkan nama mmp buat kali kedua selepas fatimah(18A)..satu kebanggaan buat kami warga mmp,dan satu kegembiraan buat warga yik,amnya....selamat maju jaya.chayok!! ~pesanan dari sya

p/s 3:Good Luck juga kpd sahabat2 yg exam sama2 dgn kami nanti..ALL THE BEST..don't forget to pray 4 our success..insyaAllah rabbuna yunajjahna..~ameen~

syuhada,

ahlul beyt abqariah

.

motivasi hari ini..



25 pesanan lukman al-hakim:

1)Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2)Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3)Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4)hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5)Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6)Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7)Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8)Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9)Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10)Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11)Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12)Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13)Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14)Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15)Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16)Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

16)Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

17)Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

18)Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

19)Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

20)Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

21)Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

22)Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

23)Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

24)Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.

25)Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Suami Soleh



p/s : Mabruk kepada abang saya yang baru melangsungkan perkahwinan bulan lepas. Hehe...Antum wa antunna, bila lagi?

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

Bersabarlah Wahai Teman

"Jann, malam ni gorenglah spagetthi."

Sempat Zumie berpesan kepada saya sebelum dia pergi ke kelas tuisyen.

Maka dengan kudrat yang ada ini, saya cuba menunaikan permintaannya. Kebetulan, saya sangat teringin untuk makan mee goreng setelah terkena penangan mee goreng hasil air tangan Paey Selasa minggu lepas. Oleh sebab setiap hari Selasa kelas praktikal kami berjalan sehingga ke Maghrib, maka Tini membawa sedikit bekal mee goreng ke kelas. Sampai ke hari ini saya termimpi-mimpi mee goreng dia!

Masak punya masak, akhirnya siap. Namun rasanya tidaklah asli seperti mee goreng di Malaysia kerana saya hanya menggunakan kicap Metro. Cair dan masin, tidak seperti kicap cap Kipas. Hehe.

Setelah Hana dan Zumie pulang, kami berempat makan bersama di bilik saya. Sya tiada kerana dia sedang tidur gara-gara keletihan seharian kelas. Sangat seronok dapat berkumpul bersama ahli beit dan bercerita tentang kisah sehari-hari kami. Namun ketika sedang syok makan, saya mendapat satu berita yang sangat menyedihkan. Berita mengenai salah seorang sahabat kami. Tak perlulah diceritakan hal tersebut namun berita tersebut agak memberi impak kepada saya.

Serta-merta saya rasa menyesal makan spagetthi goreng tersebut. Risau memikirkan sahabat yang entah kenyang atau mungkin lapar. Tapi saya tetaplah menghabiskan spagetthi saya tu. Rezeki tetap rezeki. Tapi tulah, hati ini masih tak keruan kerana seorang sahabat dan saudara seIslam

Hendak membantu, saya masih tak dapat fikir cara yang sesuai. Ada batas-batas tertentu yang perlu dijaga dalam hal ini. Justeru, bukan sebarang langkah boleh diambil. Silap hari bulan, boleh timbul fitnah!

Maka, buat masa ini saya hanya mampu berdoa sahaja semoga masalah sahabat kami itu akan selesai secepat mungkin Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya juga. Dalam surah al-baqarah, Allah berfirman bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Jadi, harap-harapnya sahabat kami itu dapat mengharungi dugaan ini dengan sabar dan redha. Ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

sollu ala nabi~



sangat tersentuh hati saya melihat video ni..
terasa dekat sangat dengan rasullullah s.a.w tersayang..
moga kelak,kita semua mendapat syafaat baginda..
bersama kita mengamalkan wasiat yang ditinggalkan,
Quran dan Sunnah~

salam maulidur rasul..

entry kali ini adalah hasil tulisan seorang kawan yang telah hantar email pada saya dan ingin berkongsi pendapat..



salam wbt,

mawlid tba lagi..emm,Sambutan Maulid dikaitkan dengan tanda kecintaan kepada junjungan mulia baginda Nabi Muhamad s.a.w. Umat Islam dari sejak dahulu sehingga kini, tidak ada siapa yang tidak menyintai Rasulullah s.a.w. Semuanya menyintai Baginda s.a.w. Tidak kira yang menyambut maulid ataupun tidak menyambutnya. Saban tahun 12 Rabiulawal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaahnya menyambut Maulidur Rasul akan muncul.Apa pun jua kita tidak ingin memanjangkan polemik bid’ah sunnah yang lapuk ini yang akan sentiasa dibahaskan tanpa penghujungnya.Tujuan artikel ini ditulis bukanlah hendak membincangkan bid’ah atau sunnahnya mawlid ini…akan tetapi berkaitan bagaimanakah kita yang mengaku cinta akan baginda Rasul SAW berinteraksi dengan hari ini..

inilah pendapatku tentang maulidurrasul. jika tersalah harap dibetulkan. jika benar harap disebarkan....

1- rupanya ramai yg tercampur aduk antara cinta Rasul dan Maulid Rasul.cinta Rasul memang kewajipan yg tidak boleh dinafikan lagi.Maulidurrasul pula adalah perkara yg masih diperbincangkan tentang Keutamaan(awlawiyyat) menyambutnya.

Emm,teruskan membaca...

2- kalau kita katakan maulidurrasul itu hanyalah program ceramah, ada jamuan dan bacaan berzanji...saya katakan bahawa upacara itu boleh dilakukan…boleh dilakukan disini bukanlah bermaksud sunat atau wajib. ceramah adalah majlis ilmu yg amat digalakkan. jamuan pula memang patut dibuat oleh Orang-orang berada dan mempunyai wang yang banyak sebagai tanda kesyukuran mereka seperti yg selalu dibuat pada zaman Rasulullah dan para sahabat. berzanji pula adalah bacaan utk mengingati sirah Rasulullah. Kita memang sepatutnya sentiasa mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi untuk menyelamatkan umatnya dari lembah kesesatan. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita dan saya katakan berzanji termasuk dalam amalan utk mengingati sirah Rasulullah.. cuma bagi saya, alangkah baiknya orang-orang yg membaca berzanji tu faham akan maksud berzanji,faham akan apa yg dibacakannya dan bukan sekadar seronok ikut-ikutan. isi kandungan berzanji juga boleh kita pilih yang mana yang tepat dengan hadith-hadith sahih dan thabit. Hendaklah kita hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah atau israeliyyat yang banyak tersebar dalam masyarakat. Kita menganjurkan sikap untuk mengkaji semula kandungan kitab Barzanji ataupun Burdah al-Bushairi yang sering dibacakan dalam majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta lemah yang tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat. Disarankan juga bagi umat Islam di Malaysia untuk mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan(for example Kitab Raheeq al-Makhtum by al-mubarakfuri). Hendaklah juga sirah-sirah Nabi ini diajarkan sepanjang tahun dan bukan hanya menunggu tarikh 12 Rabiulawal tiba…sekali lagi diulang,amalan berzanji tidak salah, cuma perlu diperbetul pemahaman dalam cara perlaksanaan dan diberi sedikit lagi anjakan positif ,janganlah lidah kita terlalu cepat dan lantang menghukum bid’ah sesuatu amalan..

3- ada sesetengah pihak yang lidahnya terlalu cepat dan lantang menyebut bid'ah apabila disebut sambutan maulidurrasul. Emm,jangan mcm tu ya akhi. kerana mulut badan binasa..bak kata Dr. Jamal(public health)”lidah itu lebih tajam dari mata pedang!!”..emm,sebaiknya sebelum mengeluarkan pendapat, pastikan kita tahu apa yg kita bincangkan dan pastikan juga kita mempunyai dalil dan hujah yg kukuh,jika tidak lebih baik diam je. kalau org buat ceramah agama dan jamuan kemudian dinamakan majlis maulid, bid'ah juga ke? Salah ke? Jangan bergaduh ya akhi, kalau nak cerita, cerita elok-elok, terangkan bila dan bagaimana ia boleh jadi bid'ah. jangan biasakan diri dengan jawapan ringkas especially kepada mereka yang ingin menuntut ilmu atau inginkan pendapat dari kita. jawab biar habis jangan tergantung ayatnya dan berikanlah contohnya sekali…bagi saya tidak salah menggunakan kesempatan dan suasana mawlid yang sedia ada untuk menyampaikan kepada masyarakat awam apakah itu sunnah yang sebenar dan bagaimana cara memuliakan sunnah tersebut,contohnya dengan mengadakan ceramah-ceramah agama untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya mempelajari dan mengamalkan sunnah Nabi SAW itu sendiri. Dengan cara ini, manfaat yang diperolehi dalam menggunakan kesempatan dan suasana mawlid yang sedia ada ini adalah lebih tinggi daripada manfaat terus meninggalkannya begitu sahaja.Pandangan seperti ini juga adalah pendapat para Imam dan tokoh yang mulia seperti al-hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, al-Suyuti dan al-Qaradhawi

4- ada pula akhi yang semangat sampai confident beriya cakap maulidurrasul adalah tanda keimanan dan tanda kita mencintai Rasulullah SAW dan menyambutnya mendapat ganjaran pahala itu dan ini..subhanallah.Relax,relax ya akhi,relax ya ukhti… takkanlah cinta hanya digambarkan semudah mengadakan sambutan dan majlis? Tidak menyambut maulid tidak semestinya tidak menyintai Rasulullah s.a.w. Tidak ada siapa yang dapat membantah fakta ini. Sahabat Nabi s.a.w. tidak meyambut maulid, namun tidak ada siapa yang berani mengatakan bahawa mereka sahabat r.a. tidak menyintai Baginda s.a.w. Di dunia ini, siapakah yang paling menyintai Rasulullah s.a.w., jika bukan para sabahatnya r.a. Para salaf as-soleh juga tidak menyambut maulid, namun tidak ada juga yang menafikan bahawa genarasi itu adalah genarasi terbaik yang pernah baginda sabdakan. Eh! Jaminan Nabi SAW sebagai genarasi terbaik tetapi tidak menyambut maulid??..

Bagi saya, sebenarnya cinta Rasulullah ini perlu lebih dari itu,bukan hanya apabila setiap tiba 12 Rabiulawal dan terhenti selepas itu,ianya adalah continuous sepanjang hidup seorang muslim. Antara bukti kita cinta kapada baginda Rasul ialah dengan Mentawhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala,Menghargai al-Qur'an serta mengamalkan isi kandungannya,taat kepada perintah Rasulullah, mempertahankan diri Rasulullah dari dihina, menyayangi keluarga baginda, berselawat ke atasnya,mendalami ajarannya dan sunnahnya, Mentaati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Menyebarkan Sunnah Nabi, Memperjuangkan sunnah juga bermaksud menghindari amalan bidaah, berdakwah menyebarkan Islam yg dibawa oleh baginda, mencintai dirinya melebihi orang lain,Mencintai mereka yang dicintai Nabi dan lain-lain lagi...emm,bagaimana dengan keadaan para sahabat yg tak pernah buat sambutan maulidurrasul? mereka kurang mencintai Rasululullah daripada kita ke? subhanallah. ya akhi, sabda Rasulullah : “ sebaik-baik kurun adalah kurunku (para sahabat)..” Hadith riwayat alBukhari. Para sahabat r.a. adalah mereka yang paling memahami risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Genarasi salaf adalah genarasi yang paling memahaminya. Mungkinkah mereka terlupa untuk menyambut maulid?? sedangkan cinta mereka kepada Nabi SAW melebihi dari setiap kita pada zaman ini??

setakat saya tahu (wallahu a'lam) para ulama tak bincangkan (wajib atau tidak) mengadakan maulidurrasul ini sebab semua masyarakat di zaman mereka (masyarakat yg dibiasakan dgn budaya ilmu),mereka tahu bahawa ia bukannya wajib.

cuma sebahagian ulama sering ditanya (boleh atau tidak) oleh orang-orang dalam masyarakat yg melihat ada orang melakukan majlis pada setiap maulidurrasul. maka imam-imam seperti Ibn Hajar, Ibn Kathir dan al-Suyuthi cuma mengatakan ia boleh dibuat asalkan tidak melampau seperti dalam kitabnya al Hawi n Bidayah..yang tidak boleh ialah dengan melampau.Umpamanya himpunan beramai-ramai yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan. Juga upama mengadakan majlis Ratib, Qasidah nyanyian seperti golongan sufi tariqat,Marhaban bermimpikan Nabi,solat bersempena mawlid dan pelbagai lagi yg tidak ada asalnya.


5- so,persoalannya apakah yg terbaik? apa yg terbaik ialah kita berusaha mendalami Islam melalui sumber-sumber ilmiah dan kita cuba mengamalkan Islam dan sunnah yang benar dalam

kehidupan. itulah yg terbaik sebagai bukti dan tanda kita ini umat Rasulullah yg mencintai diri baginda. sekadar buat majlis...it's not Enough laa


6- kalau org tanya saya tentang majlis maulid,saya jawab: sambut saja belum cukup.kalau org tanya lagi akan hukumnya?,saya jawab: selagi tak mewajibkan atau mensunnahkan dan tak mengkritik org yang tak sambut, ia boleh.kalau dia tanya lagi apakah pengisian majlis?, saya beritahu: adakan ceramah tentang siapakah itu Rasulullah dan tanda mencintai Rasul dan bagaimana kita hendak mengamalkan sunnahnya dengan betul. Lepas tu masjid/surau/musolla yang ada duit lebih bolehlah buat makan-makan sikit(refreshment provided,he hee). Then after that,buat follow up kuliah tentang hadith dan sirah Rasulullah sama ada bulanan atau mingguan. barulah bertambah ilmu dan berterusan continuous amalan.


so, persoalan paling penting utk kita cuba sampaikan dan fahamkan kepada masyarakat ialah: apa yg lebih baik dan apa yang dibuat oleh para sahabat,bukan persoalan (sunnah atau bid'ah) atau (wajib atau sunat)yg bagi saya sudah lapuk dek zaman. Perlu diingat ada awlawiyyat (keutamaan) yg memerlukan kita utk berdakwah agar lebih clear dan detail, bukan menghukum semata-mata.


JADILAH PENDAKWAH,BUKAN PENGHUKUM


hamba allah,
Iskandariah, Mesir.

wallahu a'lam.

jazakumullah hu khairan kathir



syukran~

jaulah ke giza..

salam alaik,

lamanya tak update..

last week kami serumah pergi giza,tengok piramid..banyak ibrah yang kami dapat.suka,sedih,terharu,,,semua perasaan ada..









macam biasa,seawal pagi kami serumah bersiap..hehee diorang excited nak pegi kat piramid tu..lebih-lebih lagi housemate saya yang sorang ni..
Ini merupakan trip to cairo sponsored by our university.Dalam saat kami ke sana banyak juga benda2 yg boleh dijadikan ibrah bagi kami semua,ini kerana bukan sahaja piramid,malahan Nile tower,,,hussein,mohd ali castle,sindbed..(kat sindbed tu kalau x sayang nyawa boleh laa)
tapi sayang,kami x dapat naik ke atas menara tersebut atas masalah2 tertentu..Wallahua'lam~


p/s:actually banyak lg nk cerita ni,disebabkn esok merupakn sports Day kat Mansurah ni..so,kami ada kerja sedikit la..go go chayok kpd sahabat2 yg bersusah payah bagi menyempurnakan majlis sukan ni..