Pengikut
Untuk Diri Sendiri dan Semua Yang lupa
Saya sebenarnya yang lalai dengan nafsu dan syaitan.
Kerana mudahnya tergoda, maka iman manusia biasa itu tidak statik. Ada kala turun, ada kala naik. Kalau tarbiyah dzatiyahnya bagus, maka insyaAllah dia tetap teguh. Kalau nafsu sendiri masih beraja walaupun luarannya bagus bertudung labuh atau bersongkok, tak mustahil dialah pengkhianat Allah yang terbesar.
Hal nafsu dan iman. Hal dalam hati, meskipun secara hakikat, kedua-duanya akan terpancar zahir di mata manusia. Namun sebetulnya, bukan semua perkara dalam hati itu kita tahu bukan?
Kalau tidak, masakan ada pepatah "rambut sama hitam tapi hati lain-lain."
Segala rencana jahat yang kita fikir mahupun kita lakukan, segalanya tersimpan rapi rahsia antara kita dan Allah selagi mana kita tak membocorkan mulut sendiri. Sebab itulah timbulnya istilah hipokrit dan talam 2 muka. Sebab luarannya nampak bagus sekali, tapi hati dan dalamannya berkulat.
Ingat, walau bagaimana kemas pun kita menjaga segala kekotoran hati kita, segalanya akan terlihat jua suatu hari nanti. Ketika itu terduduklah kita tatkala bukan hanya umat ini, malahan seluruh umat daripada zaman Nabi Adam 'alayhi sallam hingga ke umat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam melihat segala keaiban diri. Tanpa kurang walau hanya satu ayat yang kita tuturkan.
Oleh itu lawanlah nafsu jahat yang datang daripada hati kita itu. Jangan biarkan hati yang dahulunya bersih kini mati dan membusuk. biar mata buta, asal mata hati celik.
Bila itu terjadi hakmi buta mata hati, maka tentu sahaja yang bathil dan haq tak mampu sudah hendak dibezakan. Dan ketika itu, lahirlah seorang lagi manusia yang perasan.
Menyangka apa yang kita lakukan itu baik sedangkan di sisi-Nya, ia tak lebih daripada sekadar dosa.
merasakan baik amal kita, tetapi rupanya tak lebih daripada sekadar sampah.
Wallahu 'alam.
Jannah,
RI,
6.08 petang
Selepas Sebulan
Lama dah rasanya saya tak mencoret di sini. Perhatian lebih tertumpu pada blog peribadi lebih-lebih lagi semenjak kami berpindah rumah.
Banyak perkara yang dah berlaku dalam jangka masa ini. Ada yang buruk namun ada juga yang baik. Seimbang. Alhamdulillah.
Lama sudah saya ingin menulis tetapi tak tercapai hajat. Entah kenapa, setiap kali jari saya memetik nama blog ini, hati saya jadi sayu. Mungkin saya rindukan kenangan itu. Rumah dan keluarga itu sudah sebati dengan diri saya.
Setahun pertama saya di rantau orang, benar-benar membuatkan saya menjadi orang yang lain.
Saya tidak menyesal berpindah kepada keluarga lain. Bahkan saya berasakan bahawa kami semakin rapat semenjak duduk berjauhan. Biasalah tu, bila jauh baru terasa rindu. Hehe.
Kini, masing-masing sudah mulai mencorak langkah ke arah destinasi yang sama namun cara yang berbeza. Mungkin kami sudah berpecah arah. Namun apa yang pasti, blog ini takkan didelete walaupun cik Syakirah dah bising-bising. :)
"Jann, deletelah blog tu."
"Laa, buat apa nak delete pulak. Biar sajalah."
"Malulah takde entry baru."
"Ala relaxlah. Sayang kalau padam. Dah penat-penat tulis."
"Ala, Jann updatelah."
"Hmm, tengoklah dulu."
Jannah,
Beyt Muadz,
11 malam
p/s : Sekarang saya dah tulis ni, jadi takde sebab cik Syakirah nak padam dah kan? Hehe. :p
pantun maksiat
Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,
Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,
Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,
Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,
“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??
Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,
Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….
---- USTAZ AKHIL HAYY----
serah kunci rumah
tak ada benda menarik yang nak diceritakan..
semuanya sepi..
sepi dengan rumah baru serta exam yang belum berkesudahan..
terkadang tido di rumah baru,dan adakalanya bermalam di imarah oren sementara saat2 akhir meninggalkan rumah kami..
30 jun 2009
hari terakhir kami menginap di istana oren..
30 jun 2009
sekali lagi kami berlima berkumpul membersihkan rumah sebelum menyerahkan kunci pada baba..
dan hari ni jugak hari kak hana angkat barang pindah ke rumah baru..
sedih rasanya..
sedih sebab tiada lagi bi'ah yang wujud dalam istana oren
sedih sebab meninggalkan nokity street..
sedih sebab meninggalkan kedai "selamat datang"
sedih sebab dah tak boleh lalu depan kedai dahab..
sedih sebab pasni dah tak boleh dengar bunyi gitar di malam hari VOM sebelah rumah..
nokity street..
street yang sangat sarat dengan ketenangan bila malam hari..
mushrif2 malizi pun banyak kat lorong tu..(hehe senang mintak tolong)
syari' nokity ni sangat sebati dengan kami..
kedai pak arab "selamat datang" di simpang jalan sangat sinonim dengan kami budak2 imarah oren..
kini,
semuanya hanya dalam kenangan.
blog ni insyaAllah nanti zumi akan update selalu..
(kalau zumi rajin laa)
sekian dulu..
bukan terakhir..
syu, sya, jan, hana...(zumi xde)
beyt abqariah...usrati...jan,syu,sya,zumie,Hana .. & Kak Qaiyah (kenangan time raya haji 08 kat rumah kitorang)
"Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemau untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
syari'atMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. tunjukkanlah
kepada hati-hati ini akan jalanNYA..penuhkanlah hati ini
dengan piala yang tak kunjung malap.lapangkanlah hati-hati
ini dengan limpahan iman dan keyakinan.. ''
p/s:waktu kat dapur tadi,aku dengar syu gitau pada sya jangan lupa bawak kamera turun bawah sebab malam ni lepas maghrib merupakan tazkirah 2nd last atau mungkin terakhir (seperti kebiasaan,setiap isnin kami berkumpul satu imarah kat tingkat 2..muzakirahnya sesama kami je..) dan mungkin malam ni merupakan hari terakhir kami berkumpul bersama..25 akhawat...kami satu imarah (satu blog) kena move out by 30 jun..terima kasih pada pak arab mahmud sebab beli imarah ni..pun begitu,ada hikmah atas setiap yang terjadi..moga allah melindungi kita semua..
kelmarin hana dah akad rumah baru.hari ni jan dan zumi pulak akad nikah ngn rumah baru.dua minggu lepas sya dan syu.ohh...sememangnya kami berpecah.harap perpisahan pada zahir sahaja bukan pada batin.syu dan sya sabar ye..hujung minggu nanti pergi la melawat hana kat umah budak2 dentist n melawat jan n zumi juga =)
"bertemu dan berpisah kerana ALLAH.."
by: one of ahli beyt abqariah...sayang kamu semua =(
mujahid muda dan lama..
al-fatihah..
tadi,saya ada buka blog seorang kawan ni,belajar kat zagazig.merupakan sahabat baik kepada allahyarhamhu ammar sejak dari sek rendah hinggalah MATRI,DQ dan akhirnya sama2 sampai ke mesir.moga kita semua redha dengan pemergiannya.kami yang tidak mengenali beliau dan hanya sekadar mempunyai pertalian saudara sesama islam, mengenali dengan membaca dan mendengar tentang beliau turut merasa sayu dan syahdu dengan pemergian mujahid muda ini.
moga Allah menempatkan allahyarhamhu bersama para syuhada' dan solihin di syurga abadi..
petang tadi lepas asar waktu mesir,kita digemparkan lagi dengan berita kematian seorang lagi kader dakwah yang banyak berjasa kepada islam terutamanya dalam bidang penulisan. Beliau ialah Fathi Yakan,mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Kitab-kitab dan hasil tulisannya menjadi rujukan pelbagai jemaah dan gerakan Islam di seluruh dunia. Antara yang terkenal ialah "maza ya'ni intimai fil islam" ataupun "apa ertinya saya memeluk Islam?" ,al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain..
sebut pasal buku ''maza ya'ni intimai fil islam'',mengingatkan saya tentang kelas yang telah berlangsung lebih kurang dua kali dan disyarahkan oleh seorang ustaz dari University Al-Azhar di sini.kelas tersebut diwajibkan kepada semua pelajar perubatan tahun satu,merupakan anjuran UPI under perubatan cawangan tempat kami.
al-fatihah..
fathi yakan
''malaikat-malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang
berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji tuhannya dan mereka beriman
kepadanya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), ''Ya Tuhan kami,rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu,maka berilah ampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan agamaMu,dan peliharalah mereka dari azab neraka.Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn' yang
telah engkau janjikan kepada mereka,dan orang yang saleh di antara nenek moyang mereka,isteri-isteri,dan keturunan mereka. sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa
Maha Bijaksana..''surah al-mu'min:7-8
satu muhasabah,dengan bertambahnya usia,maka makin berkuranglah waktu untuk tinggal di dunia..
bersama kita menyambung wasilah Rasullullah SAW....DnT~
p/s:kepada sahabat2 yang dah nak balik malaysia tu,selamat jalan dan selamat bertebaran di awangan..jaga diri baik2.moga sentiasa berada dalam nikmat iman dan islam~

