tiba-tiba tgn ni teringin sgt nk menulis.jam kat dinding skng ni dah pukul 4 pagi.mata dah ngantuk,nak tido takut tak jaga subuh pulak.tadi,ada circle (halaqah)..tak sangka mlm tadi sgt lama,tapi kami tak sedar pun.bajet dalam 2 jam je,tapi bila time baca tasbih kifarah n surah al-asr,tgok jam kat tgn rupanya dah 1.30 pagi..uishh,hampir 5 jam hQ kali ni.tapi hQ mlm ni sgt best.tak ngantuk,dan semua org nak bersuara.
mungkin sbb lama tak jumpa.2 weeks exam,n 2 wk winter break.macam2 hal nak share ngan akhawat lain n sang murabbiyah tersayang.hari ni dah masuk sabtu,esok ahad.esok dah start kuliah,n maknanya sem baru pun dah start..huhuuu~
teringat soalan tadi,kenapa sejak kebelakangan ni solat makin tak khusyuk?
jawab salah sorang akhawat,satu je ubat nak suruh khusyuk cuba bayangkan time tu adalah solat yg terakhir utk bertemu dgn allah.rasanya khusyuk kot.
yg lain mencelah,ana pulak study susah nak focus(khusyuk).asal je nak study,tiba2 teringat nak masak,nak basuh baju,nak check e-mail..erm,macam2..
uishh,,terasa la pulak~
allah telah merakamkan dalam kitabnya bekaitan dgn khusyuk,
sungguh beruntung orang-orang yang beriman.iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.dan orang yang menjauhi (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia
(23:1-3)
actually,hilangnya khusyuk dlm solat merupakan satu musibah dan bencana..
sebab tu,rasullullah s.a.w sentiasa berdoa pada allah "aku berlindung dariMu drpd perbuatan yg tidak berguna,aku berlindung dariMu drpd hati yg tidak khusyuk,aku berlindung dariMu drpd jiwa yg tak pernah puas,mata yg tak pernah kering dari menangis,dan juga doa yg tidak di makbulkan.."
doa kita bagaimana?
kalau dahulu kita pernah mendapat roh dalam tahajjud,roh dalam sujud,roh dalam berdoa sehingga mampu menangis atas dosa2 yg dilakukan dan menangis kerana gementar takut bila mendengar peringatan ayat2 allah.
tapi,andai kini hilangnya rasa nikmat khusyuk dalam solat,sama2 kita check balik..jangan kerana dosa2 maksiat kecil yg tlh kita lakukan yg mana kita anggap remeh menjadi punca utk allah menarik sedikit demi sedikit nikmat iman dari dalam diri kita..nauzubillahminzalik~
sebenarnya,solat kita pun adalah salah satu doa,dan antara doa yg sangat2 mengajar kita bagaimana berdoa ialah surah al-fatihah..cuba tgok balik,bagaimana surah tersebut mulakan dgn memuji allah,dan seterusnya meminta dgn penuh mengharap.
dan sememangnya adab kita berdoa adalah penuh dgn takut dan penuh dgn mengharap.
maka kami kabulkan doanya,dan kami anugerahkan kepadanya yahya,dan kami jadikan isterinya dapat mengandung.sungguh mereka selalu bersegera dalam menunaikan kebaikan,dan mereka berdoa kepada kami dgn penuh harap dan cemas.dan merekalah orang-orang yang khusyuk kepda kami.
(21:90)
kalau khusyuk dalam solat,pasti khusyuk dalam segala ibadah yg lain (study,masak,,,)..
dan khusyuk itu bukan benda yg boleh di buat2.
khusyuk berkaitan dgn hati.
andai hati ada masalah atau sakit,maka hilanglah khusyuk tadi dalam ibadah.
sekadar renungan buat diri saya sendiri..
moga allah sentiasa pegang hati kita dari maksiat dan iqab diri dari fitnah dunia.amin~
sampai sini dulu kot.
bilal dah azan subuh.
salam alaik'




