tiba-tiba tgn ni teringin sgt nk menulis.jam kat dinding skng ni dah pukul 4 pagi.mata dah ngantuk,nak tido takut tak jaga subuh pulak.tadi,ada circle (halaqah)..tak sangka mlm tadi sgt lama,tapi kami tak sedar pun.bajet dalam 2 jam je,tapi bila time baca tasbih kifarah n surah al-asr,tgok jam kat tgn rupanya dah 1.30 pagi..uishh,hampir 5 jam hQ kali ni.tapi hQ mlm ni sgt best.tak ngantuk,dan semua org nak bersuara.
mungkin sbb lama tak jumpa.2 weeks exam,n 2 wk winter break.macam2 hal nak share ngan akhawat lain n sang murabbiyah tersayang.hari ni dah masuk sabtu,esok ahad.esok dah start kuliah,n maknanya sem baru pun dah start..huhuuu~
teringat soalan tadi,kenapa sejak kebelakangan ni solat makin tak khusyuk?
jawab salah sorang akhawat,satu je ubat nak suruh khusyuk cuba bayangkan time tu adalah solat yg terakhir utk bertemu dgn allah.rasanya khusyuk kot.
yg lain mencelah,ana pulak study susah nak focus(khusyuk).asal je nak study,tiba2 teringat nak masak,nak basuh baju,nak check e-mail..erm,macam2..
uishh,,terasa la pulak~
allah telah merakamkan dalam kitabnya bekaitan dgn khusyuk,
sungguh beruntung orang-orang yang beriman.iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.dan orang yang menjauhi (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia
(23:1-3)
actually,hilangnya khusyuk dlm solat merupakan satu musibah dan bencana..
sebab tu,rasullullah s.a.w sentiasa berdoa pada allah "aku berlindung dariMu drpd perbuatan yg tidak berguna,aku berlindung dariMu drpd hati yg tidak khusyuk,aku berlindung dariMu drpd jiwa yg tak pernah puas,mata yg tak pernah kering dari menangis,dan juga doa yg tidak di makbulkan.."
doa kita bagaimana?
kalau dahulu kita pernah mendapat roh dalam tahajjud,roh dalam sujud,roh dalam berdoa sehingga mampu menangis atas dosa2 yg dilakukan dan menangis kerana gementar takut bila mendengar peringatan ayat2 allah.
tapi,andai kini hilangnya rasa nikmat khusyuk dalam solat,sama2 kita check balik..jangan kerana dosa2 maksiat kecil yg tlh kita lakukan yg mana kita anggap remeh menjadi punca utk allah menarik sedikit demi sedikit nikmat iman dari dalam diri kita..nauzubillahminzalik~
sebenarnya,solat kita pun adalah salah satu doa,dan antara doa yg sangat2 mengajar kita bagaimana berdoa ialah surah al-fatihah..cuba tgok balik,bagaimana surah tersebut mulakan dgn memuji allah,dan seterusnya meminta dgn penuh mengharap.
dan sememangnya adab kita berdoa adalah penuh dgn takut dan penuh dgn mengharap.
maka kami kabulkan doanya,dan kami anugerahkan kepadanya yahya,dan kami jadikan isterinya dapat mengandung.sungguh mereka selalu bersegera dalam menunaikan kebaikan,dan mereka berdoa kepada kami dgn penuh harap dan cemas.dan merekalah orang-orang yang khusyuk kepda kami.
(21:90)
kalau khusyuk dalam solat,pasti khusyuk dalam segala ibadah yg lain (study,masak,,,)..
dan khusyuk itu bukan benda yg boleh di buat2.
khusyuk berkaitan dgn hati.
andai hati ada masalah atau sakit,maka hilanglah khusyuk tadi dalam ibadah.
sekadar renungan buat diri saya sendiri..
moga allah sentiasa pegang hati kita dari maksiat dan iqab diri dari fitnah dunia.amin~
sampai sini dulu kot.
bilal dah azan subuh.
salam alaik'


4 comments:
erm,bgs2 posting yg bgs..cmne pon kita kena muhasabah diri kita ni selalu..~biasa r mnsia x kn lari dr wat dosa kan..tu r, kadang2 rasa ada something x kena dgn diri kita..so, do a repenting to Allah n make a "taubat "pray everyday..inshAllah..
---------reply:
satu artikel refleksi yg bagus dan bermanfaat, moga Allah Tabaraka Hasmuuh memberi taufiq kpd si penulis..
sedikit tambahan info/ziadah:
definition khusyuk,
para fuhaqa' telah membincangkan apakah yg dimaksudkan dgn khusyuk dalam solat...adakah khusyuk itu seperti kita berada dalam alam lain? tak sedar apa yg berlaku disekeliling? atau bagaimana??
pendapat yg benar adalah khusuk dalam solat bermaksud seseorang itu mengetahui apa yg dilakukannya dalam solat contohnya -tahu sekarang ni dalam rakaat ke-berapa, tahu skrg ni sdg solat apa, tahu surah apa yg dibaca...
khusyuk dalam solat sama sekali tidak bermaksud seolah seseorg itu berada dalam alam lain sehingga tak sedar apa yg berlaku disekeliling [fahaman sebegini adalah fahaman kaum sufi tareqat dan ia bercanggah dgn fahaman ahlu sunnah wal jaamaah]
banyak hadis2 palsu dan dhaif dalam hal khusuk dalam solat ini yg telah tersebar di kalangan masyarakat, antaranya termasuklah kisah seorang kibaru sahabah [terlupa nama sahabat tersebut], yg mana beliau terkena tembakan anak panah semasa perang, dan anak panah itu hanya boleh dicabut ketika beliau solat kerana ketika itu dia tidak merasakan sakit, kerana khusyuk dalam solatnya..cerita ini adalah palsu dan merupakan dusta.
dalam hadis2 sahih, Baginda Nabi :SAW ketika solat, Baginda adalah seorang yg peka terhadap apa yg berlaku disekeliling, Baginda tahu apa yg makmum [para sahabt] di belakang Beliau lakukan, Beliau juga peka sekiranya ada anak kecil yg menangis lantas mempercepatkan solat Baginda, malah ada perintah dari Baginda Nabi :SAW jika trdapat haiwan buas semasa solat, maka perlu membunuhnya jika mampu, juga Baginda pernah bergerak untuk membuka pintu rumah ketika solat,
[maaf tak dapat nyatakan sumber2 dan takhrij2 setipa hadis2 dengan detail, kerana tulisan ini adalah scara spontan dan berdasarkan memory]
wllah-hu-'alam
Fathi
www.al-fikrah.net
sedikit tambahan
berkenaan telefon/hanset,terkadang kita lihat ada yg terlupa tutup hanset sebelum solat jamaah, time tengah solat tu..tup2 tetiba bunyi ring one, bunyi ring tone tu pulak masyaAllah, merdu sungguh !! dan yg lebih di kesalkan lagi ialah, si pemilik hanset tu buat dono [tak tau/ tak kesah] ja hanset dia dok tgh memekak tu, lama pulak tu..hmm
ring-tone hanset akan menyebabkan makmum lain dan juga imam terganggu khusuyk mereka, mereka boleh tersasul baca surah, boleh terlupa skrg ni dah rak'at berapa..
jesteru itu, adalah menjadi satu kewajipan utk kita yg terlupa off/silent hanset utk menekan button hanset seta merta agar hanset itu berhenti berdering,
banyak fatwa2 telah di keluarkan oleh para ulama tentang hal ini yg mewajibkan mereka yg terlupa off hanset agar cepat2 off hanset tu sekiranya tetiba hanset tu berdering..
dan kalau boleh, utk yg jadi imam solat jamaah tu, selain sebelum takbir tu beri peringantan agr luruskan saff, tambah la sikit peringatan agr sila off kan hanset kamu..hehe
wassalam
Fathi
www.al-fikrah.net
salam wbt,
syukran kathira kepada saudara fathi atas perkongsian..
satu respone yg sgt menarik..
saya cadangkan enta sesuai menulis..
berkaitan dgn masalah khusyuk ni,sememangnya ia sgt berat.
bak kata unit hisbah perubatan cawangan,kita kena benar2 bersih dalam berwuduk zahir dan batin.ada 7 wuduk batin,antaranya lupakan dunia.
dan,yang pasti jauhi maksiat sebelum solat..
"sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman..iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka...dan mereka yang memelihara solat-solat mereka"
~al-mukminun 1,2,9
Catat Ulasan