last entry pasal award dari housemate saya,jannah.dah lama dia tak update blog ni..hehe,tu pun syu yang suruh jan.syu pun lama dah tak update.
entry kali ni pasal pesanan seorang akak pada kami,dan saya ingin berkongsi dengan anda semua..
ceritanya macam ni,suatu malam sedang saya baru usai solat isyak,tiba-tiba sony ericsson kat meja berbunyi.nombor yang tertera di skrin hp rasanya saya macam tak kenal..sememangnya saya tak kenal pun.pendek cerita,seorang wanita telah menghubungi saya.pada mulanya,saya agak pelik sebab macam mana akak ni boleh call sebab lepas dia memperkenalkan diri,dia kata dia sendiri tak kenal pun saya.rupanya ada orang bagi nombor saya kat dia supaya ukhuwwah terjalin antara kami.biasalah tu,lebih2 lagi duk tempat orang kena hidup berjemaah.
sebenarnya,akak tu sekadar ingin bertanya khabar..
cuma satu perkara yang menarik hati saya untuk berkongsi dengan anda bila dia membuka cerita pasal pengalaman hidup kat mesir ni time2 nak exam..
"adik study macam mana,ok tak?kawan-kawan serumah ok?akak teringin nak share satu perkara.benda ni sendiri pernah terjadi pada akak dulu.bila je time nak exam,entah kenapa masalah yang melanda ialah bila tengok muka housemate sendiri,tiba-tiba jadi menyampah giler.padahal,orang tu tak buat salah apa-apa pun ngan kita.asal je nampak dia,hati ni memang terasa benci sangat2.lagi2 kalau nampak kawan tu rajin sungguh mengadap buku.macam2 timbul,dengki tengok dia study..tak senang hati dan macam2 lagi. Dan ada jugak situasi bilamana tiba2 timbul perasaan tak best dengan kawan dan tak bercakap dengan housemate sendiri tanpa sebab.kebetulan atau...??nauzubillah..
mungkin ini satu ujian bagi kita.pun begitu,jangan kerana sedikit kelemahan diri,kita tumpas dengan rancangan syaitan..nauzubillah min zalik.."
pantas saya menjawab dalam hati.."Ya Allah,takutnya.janganlah ada housemteku yang benci bila tengok aku.nauzubillah..mintak jauh ujian ni dari rumah kami.."
sambung akak tu lagi..."even busy macam mana pun nak study,jangan pentingkan diri sendiri.kalau time masak,kena la masak.solat kena jaga.jangan kerana nak exam,solat jemaah terhenti..paling penting,jaga hubungan dengan kawan.."
erm,terima kasih atas perkongsian kak zie......
apepun,main point yang saya nak kongsi kat sini,jangan pentingkan diri sendiri..dan sentiasa menjaga hubungan dengan kawan..sama-sama belajar memaafkan.
malam lepas kak zi telefon,subuh keesokannya saya dah cerita hal ni pada jan,syu,zumi lepas solat subuh bersama..(jan kata bajet tazkirah la kejap)..
dalam diam saya terfikir,ada message yang allah nak sampaikan pada kami serumah.mungkin message tu allah sandarkan pada akak tadi supaya kami tak terus jauh dibuai rancangan syaitan.memang tak nafi,rumah kami agak jarang solat jemaah bersama berbanding dahulu.tapi,solat maghrib tetap diteruskan.cumanya,kalau subuh berjemaah tu agak tergendala sikit padahal dalam hadis nabi,solat subuh berjemaah pahala lagi besar..adeh.(saya sendiri susah nak bangun subuh kalau tido lewat..huu)
"utamakan subuh dari study.jangan kerana study sampai lewat pagi,tapi akhirnya subuh gajah.tak salah kalau kita tido awal,pastu bangun awal.."~kak asma'

p/s:minta maaf pada semua kawan yang mengenali (housemate sy),maaf atas segala kesilapan serta kekurangan diri..



