Pengikut

Memaparkan catatan dengan label menteri masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri masakan. Papar semua catatan

Blog Paling.....?

Kelmarin,Syu memberitahu saya bahawa blog HA ni dapat anugerah.Anugerah ukhuwah katanya.

Lepas dengar tu,sempat saya tergelak kecil dalam hati.

"Hahaha.Berukhuwahlah sangat.Berukhuwah masa nak kenakan orang," saya bermonolog.

Huhu.Takdelah,gurau je.Kami bukan setakat berukhuwah masa mengenakan orang jer.Ukhuwah kami memang rapat, InsyaAllah dan harap-harapnya akan terus berkekalan sampai bila-bila walaupun mungkin tahun depan kami dah tak bersama.Tak bersama?Misteri ni misteri...

Okaylah,kita cerita pasal anugerah ni ye.Benda ni kami dapat daripada allgreenislamic.blogspot.Siapa ya tuan punya blog?Erm,kalau tak silap,Al-Amin.InysaAllah betul.

:)

Sewaktu saya diminta untuk membuat entry pasal award ni,takde pulaklah Syu beritahu benda lain.So,saya assume takdelah kot R&R untuk dapatkan award ni.Jadi,saya just letakkan sahaja ye award ni sebagai kenangan.No passing passing.Meshi?

Ha,inilah dia award yang ditunggu-tunggu.Amacam, cun tak?

Jannah

Lala Masak Serai

Hampir 6 bulan belajar di sini barulah saya dan ahli beit dapat merasa nak makan lala.Sebelum ni tak tahu pun ada lala kat sini.Ingatkan ayam dengan ikan jer.Baru-baru ni je baru tahu sebab budak2 rumah atas beli.Murah pulak tu.Jadi,setelah sekian lama merancang tak habis2,baru hari ni beli sebab siang tadi Syu,Hana dan Zumie pergi suq.

Tapi disebabkan masing2 pun tak pernah masak lala kat rumah,makanya kena search dalam internet la.Cari punya cari kat Myresipi,jumpalah akhirnya - Lala Masak Serai.Oh,senang jer nak buat Lala Masak Serai ni rupanya.Kacang goreng jer.Ahaks!

Maka bermulalah aksi chef-chef terhandal Malaysia.Tak lain tak bukan;Sya,Zumie,Hana dan Syu.Saya pulak buat apa?Huhu...Saya berehat je sebab petang tadi dah penat siang ikan.Bagilah chance kan,ye dak?Dan setelah hampir sejam,inilah hasilnya yang mereka dapat....jeng jeng jeng!

Ahaks!

Jangan cepat hakimi kami.Daripada gambar memang nampak macam tak sedap.Tapi confirm sedap.Sebab...dah masuk perut pun.Hahaha!

Akhirnya selamatlah lala-lala ni semua berenang dalam perut kami.Semoga rezeki ini berkat;ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

Suami Soleh



p/s : Mabruk kepada abang saya yang baru melangsungkan perkahwinan bulan lepas. Hehe...Antum wa antunna, bila lagi?

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

Bersabarlah Wahai Teman

"Jann, malam ni gorenglah spagetthi."

Sempat Zumie berpesan kepada saya sebelum dia pergi ke kelas tuisyen.

Maka dengan kudrat yang ada ini, saya cuba menunaikan permintaannya. Kebetulan, saya sangat teringin untuk makan mee goreng setelah terkena penangan mee goreng hasil air tangan Paey Selasa minggu lepas. Oleh sebab setiap hari Selasa kelas praktikal kami berjalan sehingga ke Maghrib, maka Tini membawa sedikit bekal mee goreng ke kelas. Sampai ke hari ini saya termimpi-mimpi mee goreng dia!

Masak punya masak, akhirnya siap. Namun rasanya tidaklah asli seperti mee goreng di Malaysia kerana saya hanya menggunakan kicap Metro. Cair dan masin, tidak seperti kicap cap Kipas. Hehe.

Setelah Hana dan Zumie pulang, kami berempat makan bersama di bilik saya. Sya tiada kerana dia sedang tidur gara-gara keletihan seharian kelas. Sangat seronok dapat berkumpul bersama ahli beit dan bercerita tentang kisah sehari-hari kami. Namun ketika sedang syok makan, saya mendapat satu berita yang sangat menyedihkan. Berita mengenai salah seorang sahabat kami. Tak perlulah diceritakan hal tersebut namun berita tersebut agak memberi impak kepada saya.

Serta-merta saya rasa menyesal makan spagetthi goreng tersebut. Risau memikirkan sahabat yang entah kenyang atau mungkin lapar. Tapi saya tetaplah menghabiskan spagetthi saya tu. Rezeki tetap rezeki. Tapi tulah, hati ini masih tak keruan kerana seorang sahabat dan saudara seIslam

Hendak membantu, saya masih tak dapat fikir cara yang sesuai. Ada batas-batas tertentu yang perlu dijaga dalam hal ini. Justeru, bukan sebarang langkah boleh diambil. Silap hari bulan, boleh timbul fitnah!

Maka, buat masa ini saya hanya mampu berdoa sahaja semoga masalah sahabat kami itu akan selesai secepat mungkin Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya juga. Dalam surah al-baqarah, Allah berfirman bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Jadi, harap-harapnya sahabat kami itu dapat mengharungi dugaan ini dengan sabar dan redha. Ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity