"Jann, malam ni gorenglah spagetthi."
Sempat Zumie berpesan kepada saya sebelum dia pergi ke kelas tuisyen.
Maka dengan kudrat yang ada ini, saya cuba menunaikan permintaannya. Kebetulan, saya sangat teringin untuk makan mee goreng setelah terkena penangan mee goreng hasil air tangan Paey Selasa minggu lepas. Oleh sebab setiap hari Selasa kelas praktikal kami berjalan sehingga ke Maghrib, maka Tini membawa sedikit bekal mee goreng ke kelas. Sampai ke hari ini saya termimpi-mimpi mee goreng dia!
Masak punya masak, akhirnya siap. Namun rasanya tidaklah asli seperti mee goreng di Malaysia kerana saya hanya menggunakan kicap Metro. Cair dan masin, tidak seperti kicap cap Kipas. Hehe.
Setelah Hana dan Zumie pulang, kami berempat makan bersama di bilik saya. Sya tiada kerana dia sedang tidur gara-gara keletihan seharian kelas. Sangat seronok dapat berkumpul bersama ahli beit dan bercerita tentang kisah sehari-hari kami. Namun ketika sedang syok makan, saya mendapat satu berita yang sangat menyedihkan. Berita mengenai salah seorang sahabat kami. Tak perlulah diceritakan hal tersebut namun berita tersebut agak memberi impak kepada saya.
Serta-merta saya rasa menyesal makan spagetthi goreng tersebut. Risau memikirkan sahabat yang entah kenyang atau mungkin lapar. Tapi saya tetaplah menghabiskan spagetthi saya tu. Rezeki tetap rezeki. Tapi tulah, hati ini masih tak keruan kerana seorang sahabat dan saudara seIslam
Hendak membantu, saya masih tak dapat fikir cara yang sesuai. Ada batas-batas tertentu yang perlu dijaga dalam hal ini. Justeru, bukan sebarang langkah boleh diambil. Silap hari bulan, boleh timbul fitnah!
Maka, buat masa ini saya hanya mampu berdoa sahaja semoga masalah sahabat kami itu akan selesai secepat mungkin Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya juga. Dalam surah al-baqarah, Allah berfirman bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Jadi, harap-harapnya sahabat kami itu dapat mengharungi dugaan ini dengan sabar dan redha. Ameen...
Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity
Pengikut
Bersabarlah Wahai Teman
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Selasa, 10 Mac 2009
Labels:
menteri masakan,
Sekitar Kehidupan Pelajar


0 comments:
Catat Ulasan