Pengikut

mujahid muda dan lama..

entry kali ini,saya dan housemate (budak2 rumah ni) ingin mengucapkan takziah pada keluarga saudara ammar zulkifli,pelajar perubatan tahun tiga kaherah,mesir yang telah kembali ke rahmatullah .



al-fatihah..



tadi,saya ada buka blog seorang kawan ni,belajar kat zagazig.merupakan sahabat baik kepada allahyarhamhu ammar sejak dari sek rendah hinggalah MATRI,DQ dan akhirnya sama2 sampai ke mesir.moga kita semua redha dengan pemergiannya.kami yang tidak mengenali beliau dan hanya sekadar mempunyai pertalian saudara sesama islam, mengenali dengan membaca dan mendengar tentang beliau turut merasa sayu dan syahdu dengan pemergian mujahid muda ini.

moga Allah menempatkan allahyarhamhu bersama para syuhada' dan solihin di syurga abadi..



petang tadi lepas asar waktu mesir,kita digemparkan lagi dengan berita kematian seorang lagi kader dakwah yang banyak berjasa kepada islam terutamanya dalam bidang penulisan. Beliau ialah Fathi Yakan,mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Kitab-kitab dan hasil tulisannya menjadi rujukan pelbagai jemaah dan gerakan Islam di seluruh dunia. Antara yang terkenal ialah "maza ya'ni intimai fil islam" ataupun "apa ertinya saya memeluk Islam?" ,al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain..


sebut pasal buku ''maza ya'ni intimai fil islam'',mengingatkan saya tentang kelas yang telah berlangsung lebih kurang dua kali dan disyarahkan oleh seorang ustaz dari University Al-Azhar di sini.kelas tersebut diwajibkan kepada semua pelajar perubatan tahun satu,merupakan anjuran UPI under perubatan cawangan tempat kami.



al-fatihah..



fathi yakan

''malaikat-malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang
berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji tuhannya dan mereka beriman
kepadanya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), ''Ya Tuhan kami,rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu,maka berilah ampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan agamaMu,dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn' yang
telah engkau janjikan kepada mereka,dan orang yang saleh di antara nenek moyang mereka,isteri-isteri,dan keturunan mereka. sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa
Maha Bijaksana..''

surah al-mu'min:7-8

satu muhasabah,dengan bertambahnya usia,maka makin berkuranglah waktu untuk tinggal di dunia..

bersama kita menyambung wasilah Rasullullah SAW....DnT~

p/s:kepada sahabat2 yang dah nak balik malaysia tu,selamat jalan dan selamat bertebaran di awangan..jaga diri baik2.moga sentiasa berada dalam nikmat iman dan islam~

0 comments: