Pengikut

Lala Masak Serai

Hampir 6 bulan belajar di sini barulah saya dan ahli beit dapat merasa nak makan lala.Sebelum ni tak tahu pun ada lala kat sini.Ingatkan ayam dengan ikan jer.Baru-baru ni je baru tahu sebab budak2 rumah atas beli.Murah pulak tu.Jadi,setelah sekian lama merancang tak habis2,baru hari ni beli sebab siang tadi Syu,Hana dan Zumie pergi suq.

Tapi disebabkan masing2 pun tak pernah masak lala kat rumah,makanya kena search dalam internet la.Cari punya cari kat Myresipi,jumpalah akhirnya - Lala Masak Serai.Oh,senang jer nak buat Lala Masak Serai ni rupanya.Kacang goreng jer.Ahaks!

Maka bermulalah aksi chef-chef terhandal Malaysia.Tak lain tak bukan;Sya,Zumie,Hana dan Syu.Saya pulak buat apa?Huhu...Saya berehat je sebab petang tadi dah penat siang ikan.Bagilah chance kan,ye dak?Dan setelah hampir sejam,inilah hasilnya yang mereka dapat....jeng jeng jeng!

Ahaks!

Jangan cepat hakimi kami.Daripada gambar memang nampak macam tak sedap.Tapi confirm sedap.Sebab...dah masuk perut pun.Hahaha!

Akhirnya selamatlah lala-lala ni semua berenang dalam perut kami.Semoga rezeki ini berkat;ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

pergilah sepi..

salam,,
alhamdulillah ala kulli hal..
rumah kami dah kembali ceria..
seceria anak burung pipit yang baru mula belajar bercakap..
dalam seminggu ni,rumah kami dilanda sepi..
entah mengapa..semua orang bersikap berdiam diri..
yang pasti,saya sendiri turut menyepi..

hari ini hari jumaat..
penghulu sekelian hari..
kami berlima menghabiskan masa bersama di rumah,
dan jugak buku2 medic yang turut sibuk mintak diberi perhatian serius..
huuhuuuu..

exam around the corner!!!

hari ni hari jumaat,


Sabda Rasulullah s.a.w. ,
"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)
korang dah baca kahfi belum??biasanya org baca malam khamis..dan pagi jumaat..
zumi dan syu sedang mengembeleng tenaga memotong + membasuh + mencuci ayam dan seangkatan yang berkaitan dengannya.kata zumi nak masak kari.sedapnyerrrr...
hari ni turn chef zumi n chef syu masak..
jan dan hana pula masih dibuai mimpi..i think,diorang khailulah kejap je kot sebelum zohor.kan sunnah nabi...ngee~
oh yer,esok (28th march)ada INTERNATIONAL CULTURAL DAY kat gam'ah (university) kami..
combination of students from malaysia,egypt,saudi arabia and syiria..
aktiviti dia macam menarik je kat iklan tu..
ada national choir,martial art,video,,,
booth historical place,achievement,holiday destination,NATIONAL FOOD,,,etc...
"alaa,korang pergi kejap je.pegi makan2 pastu kalau macam boring,balik laa.".......pesan kak iman pada saya time dia datang rumah kami hantar iklan ni..hehee betul3,lps makan balik laa~ngee
ok la,solat zohor dulu yep...
salam alaik~

kisah Zinnirah

ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka."Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah."Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba."Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya."Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.

Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar.
"Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya."Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya."Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar."Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah."Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam."Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.

Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang mendalam pada agama Islam dan Allah.

"Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi."Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya.

"Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya."Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.

Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya."Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya.
"Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.

Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.
Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu
.

Exam Datang Lagi...

salam alaik...

Jam menunjukkan pukul 8:10 pm(waktu mesir)..angin yg amat sejuk memasuki kamar yg amat tenang walaupon skunk nih musim spring...erm,terasa berat kepala nih,maklumla next week dah start exam tuk physio....entah bagaimana persediaan kami berlima nih ???smua org muka macam pisang , ke macam mangga?....huhuhu..wahai sahabat2 sedar x kita dah dekat dgn FINAL nih???!!!macam2 duk fikir dalam kepala nih...balik malaysia,exam,balik malaysia ,exam..hahahaha tu aje yg bermain dibenak fikiran,(aku aje la..housemate yg lain x tau r pulak..)eh,apa yg aku nk update malam nih ek?owh...maaf update terbengkalai sekejap coz ust Amir datang nk baiki kepala RJ45 yg sudah lama patah gara2 keganasan yg x keterlaluan..hehe ........

sambung balik.....{thanx ust, baiki kepala wayar tenet ana n zumi}


Owh ye,sebenarnya nk bg tau pasal exam..bg mansoura U,conventional programme,kitorg dah start exam written sheet bg practical physio on 24 march 09.Tajuk yg masuk adalah:

1.Arterial Blood pressure(ABP)

2.Electrocardiogram(ECG)

3.Erythrocyte sedimentation rate(ESR)

4.Anemia

5.Clotting

6.Bleeding

7.prothrombin

8.Haematocrit Value

7.Osmotic fragility test

8.Blood group

Bagi subjek Biochemistry :Milk,DNA extraction,physical chemistry n Electrophoresis

erm,agak banyak tuh..nanti harap2 kitorg dapat jwp dgn cemerlang..insyaallah...huhu..sebenarnya aku terpaksa update malam nih gara2 housemate aku yg sorang tuh dah berbunyi apasal aku x update2 blog katanya, k fiza selalu masuk blog ni,yeke?thanx k fiza sbb masuk selalu kat blog entah apa2 nih..

Jadual exam tuk subjek2 lain x kuar lagi, insyaAllah akn menyusur lps ni kat syuu'n Tullab...skrg nih,dah terasa debaran tuk pekse Final,bibik2 rajin study dah mula nmpk skunk nih, klu dulu muzium x selalu penuh dgn org,tp skrg ....masyaAllah penuh dgn student, x kira Arab or Msia..smua semangat menghafal musle2 dlm jar tu..almaklumla kitorg x de mayat..kitorg cuma ada jar sahaja..

ok la..aku rasa setakat nih shj ,aku nk p study lak,esok ada tuisyen cam biasa .kat tuisyen tu,kitorg akn diberi soalan dulu,baru boleh belajar tajuk baru..erm,begitulah kehidupan seorg medical student ni,cuti macam x cuti..haha

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan,sesuai dengan kesanggupannya"

albaqarah:286

p/s 1 :tahniah buat adik2 IMTIAZ Dungun ,SHAMS ,mahad muhammadi lilbanat MRSM kuala Lipis n Convent klang yg berjaya dalam spm 2008 baru2 nih..nak datang sini mehla,kitorg tunggu kdtgn korunk smua~

p/s 2:buat madihah,tahniah dapat 20A..menaikkan nama mmp buat kali kedua selepas fatimah(18A)..satu kebanggaan buat kami warga mmp,dan satu kegembiraan buat warga yik,amnya....selamat maju jaya.chayok!! ~pesanan dari sya

p/s 3:Good Luck juga kpd sahabat2 yg exam sama2 dgn kami nanti..ALL THE BEST..don't forget to pray 4 our success..insyaAllah rabbuna yunajjahna..~ameen~

syuhada,

ahlul beyt abqariah

.

motivasi hari ini..



25 pesanan lukman al-hakim:

1)Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2)Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3)Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4)hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5)Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6)Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7)Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8)Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9)Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10)Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11)Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12)Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13)Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14)Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15)Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16)Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

16)Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

17)Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

18)Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

19)Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

20)Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

21)Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

22)Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

23)Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

24)Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.

25)Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Suami Soleh



p/s : Mabruk kepada abang saya yang baru melangsungkan perkahwinan bulan lepas. Hehe...Antum wa antunna, bila lagi?

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

Bersabarlah Wahai Teman

"Jann, malam ni gorenglah spagetthi."

Sempat Zumie berpesan kepada saya sebelum dia pergi ke kelas tuisyen.

Maka dengan kudrat yang ada ini, saya cuba menunaikan permintaannya. Kebetulan, saya sangat teringin untuk makan mee goreng setelah terkena penangan mee goreng hasil air tangan Paey Selasa minggu lepas. Oleh sebab setiap hari Selasa kelas praktikal kami berjalan sehingga ke Maghrib, maka Tini membawa sedikit bekal mee goreng ke kelas. Sampai ke hari ini saya termimpi-mimpi mee goreng dia!

Masak punya masak, akhirnya siap. Namun rasanya tidaklah asli seperti mee goreng di Malaysia kerana saya hanya menggunakan kicap Metro. Cair dan masin, tidak seperti kicap cap Kipas. Hehe.

Setelah Hana dan Zumie pulang, kami berempat makan bersama di bilik saya. Sya tiada kerana dia sedang tidur gara-gara keletihan seharian kelas. Sangat seronok dapat berkumpul bersama ahli beit dan bercerita tentang kisah sehari-hari kami. Namun ketika sedang syok makan, saya mendapat satu berita yang sangat menyedihkan. Berita mengenai salah seorang sahabat kami. Tak perlulah diceritakan hal tersebut namun berita tersebut agak memberi impak kepada saya.

Serta-merta saya rasa menyesal makan spagetthi goreng tersebut. Risau memikirkan sahabat yang entah kenyang atau mungkin lapar. Tapi saya tetaplah menghabiskan spagetthi saya tu. Rezeki tetap rezeki. Tapi tulah, hati ini masih tak keruan kerana seorang sahabat dan saudara seIslam

Hendak membantu, saya masih tak dapat fikir cara yang sesuai. Ada batas-batas tertentu yang perlu dijaga dalam hal ini. Justeru, bukan sebarang langkah boleh diambil. Silap hari bulan, boleh timbul fitnah!

Maka, buat masa ini saya hanya mampu berdoa sahaja semoga masalah sahabat kami itu akan selesai secepat mungkin Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya juga. Dalam surah al-baqarah, Allah berfirman bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya. Jadi, harap-harapnya sahabat kami itu dapat mengharungi dugaan ini dengan sabar dan redha. Ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity