sangat tersentuh hati saya melihat video ni..
terasa dekat sangat dengan rasullullah s.a.w tersayang..
moga kelak,kita semua mendapat syafaat baginda..
bersama kita mengamalkan wasiat yang ditinggalkan,
Quran dan Sunnah~
Pengikut
sollu ala nabi~
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Selasa, 10 Mac 2009
Labels:
Luahan,
menteri penyiaran
/
Comments: (2)
salam maulidur rasul..
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Isnin, 9 Mac 2009
Labels:
menteri penyiaran,
Sekilas
/
Comments: (3)
entry kali ini adalah hasil tulisan seorang kawan yang telah hantar email pada saya dan ingin berkongsi pendapat..
salam wbt,
mawlid tba lagi..emm,Sambutan Maulid dikaitkan dengan tanda kecintaan kepada junjungan mulia baginda Nabi Muhamad s.a.w. Umat Islam dari sejak dahulu sehingga kini, tidak ada siapa yang tidak menyintai Rasulullah s.a.w. Semuanya menyintai Baginda s.a.w. Tidak kira yang menyambut maulid ataupun tidak menyambutnya. Saban tahun 12 Rabiulawal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaahnya menyambut Maulidur Rasul akan muncul.Apa pun jua kita tidak ingin memanjangkan polemik bid’ah sunnah yang lapuk ini yang akan sentiasa dibahaskan tanpa penghujungnya.Tujuan artikel ini ditulis bukanlah hendak membincangkan bid’ah atau sunnahnya mawlid ini…akan tetapi berkaitan bagaimanakah kita yang mengaku cinta akan baginda Rasul SAW berinteraksi dengan hari ini..
inilah pendapatku tentang maulidurrasul. jika tersalah harap dibetulkan. jika benar harap disebarkan....
1- rupanya ramai yg tercampur aduk antara cinta Rasul dan Maulid Rasul.cinta Rasul memang kewajipan yg tidak boleh dinafikan lagi.Maulidurrasul pula adalah perkara yg masih diperbincangkan tentang Keutamaan(awlawiyyat) menyambutnya.
Emm,teruskan membaca...
2- kalau kita katakan maulidurrasul itu hanyalah program ceramah, ada jamuan dan bacaan berzanji...saya katakan bahawa upacara itu boleh dilakukan…boleh dilakukan disini bukanlah bermaksud sunat atau wajib. ceramah adalah majlis ilmu yg amat digalakkan. jamuan pula memang patut dibuat oleh Orang-orang berada dan mempunyai wang yang banyak sebagai tanda kesyukuran mereka seperti yg selalu dibuat pada zaman Rasulullah dan para sahabat. berzanji pula adalah bacaan utk mengingati sirah Rasulullah. Kita memang sepatutnya sentiasa mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi untuk menyelamatkan umatnya dari lembah kesesatan. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita dan saya katakan berzanji termasuk dalam amalan utk mengingati sirah Rasulullah.. cuma bagi saya, alangkah baiknya orang-orang yg membaca berzanji tu faham akan maksud berzanji,faham akan apa yg dibacakannya dan bukan sekadar seronok ikut-ikutan. isi kandungan berzanji juga boleh kita pilih yang mana yang tepat dengan hadith-hadith sahih dan thabit. Hendaklah kita hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah atau israeliyyat yang banyak tersebar dalam masyarakat. Kita menganjurkan sikap untuk mengkaji semula kandungan kitab Barzanji ataupun Burdah al-Bushairi yang sering dibacakan dalam majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta lemah yang tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat. Disarankan juga bagi umat Islam di Malaysia untuk mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan(for example Kitab Raheeq al-Makhtum by al-mubarakfuri). Hendaklah juga sirah-sirah Nabi ini diajarkan sepanjang tahun dan bukan hanya menunggu tarikh 12 Rabiulawal tiba…sekali lagi diulang,amalan berzanji tidak salah, cuma perlu diperbetul pemahaman dalam cara perlaksanaan dan diberi sedikit lagi anjakan positif ,janganlah lidah kita terlalu cepat dan lantang menghukum bid’ah sesuatu amalan..
3- ada sesetengah pihak yang lidahnya terlalu cepat dan lantang menyebut bid'ah apabila disebut sambutan maulidurrasul. Emm,jangan mcm tu ya akhi. kerana mulut badan binasa..bak kata Dr. Jamal(public health)”lidah itu lebih tajam dari mata pedang!!”..emm,sebaiknya sebelum mengeluarkan pendapat, pastikan kita tahu apa yg kita bincangkan dan pastikan juga kita mempunyai dalil dan hujah yg kukuh,jika tidak lebih baik diam je. kalau org buat ceramah agama dan jamuan kemudian dinamakan majlis maulid, bid'ah juga ke? Salah ke? Jangan bergaduh ya akhi, kalau nak cerita, cerita elok-elok, terangkan bila dan bagaimana ia boleh jadi bid'ah. jangan biasakan diri dengan jawapan ringkas especially kepada mereka yang ingin menuntut ilmu atau inginkan pendapat dari kita. jawab biar habis jangan tergantung ayatnya dan berikanlah contohnya sekali…bagi saya tidak salah menggunakan kesempatan dan suasana mawlid yang sedia ada untuk menyampaikan kepada masyarakat awam apakah itu sunnah yang sebenar dan bagaimana cara memuliakan sunnah tersebut,contohnya dengan mengadakan ceramah-ceramah agama untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya mempelajari dan mengamalkan sunnah Nabi SAW itu sendiri. Dengan cara ini, manfaat yang diperolehi dalam menggunakan kesempatan dan suasana mawlid yang sedia ada ini adalah lebih tinggi daripada manfaat terus meninggalkannya begitu sahaja.Pandangan seperti ini juga adalah pendapat para Imam dan tokoh yang mulia seperti al-hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, al-Suyuti dan al-Qaradhawi
4- ada pula akhi yang semangat sampai confident beriya cakap maulidurrasul adalah tanda keimanan dan tanda kita mencintai Rasulullah SAW dan menyambutnya mendapat ganjaran pahala itu dan ini..subhanallah.Relax,relax ya akhi,relax ya ukhti… takkanlah cinta hanya digambarkan semudah mengadakan sambutan dan majlis? Tidak menyambut maulid tidak semestinya tidak menyintai Rasulullah s.a.w. Tidak ada siapa yang dapat membantah fakta ini. Sahabat Nabi s.a.w. tidak meyambut maulid, namun tidak ada siapa yang berani mengatakan bahawa mereka sahabat r.a. tidak menyintai Baginda s.a.w. Di dunia ini, siapakah yang paling menyintai Rasulullah s.a.w., jika bukan para sabahatnya r.a. Para salaf as-soleh juga tidak menyambut maulid, namun tidak ada juga yang menafikan bahawa genarasi itu adalah genarasi terbaik yang pernah baginda sabdakan. Eh! Jaminan Nabi SAW sebagai genarasi terbaik tetapi tidak menyambut maulid??..
Bagi saya, sebenarnya cinta Rasulullah ini perlu lebih dari itu,bukan hanya apabila setiap tiba 12 Rabiulawal dan terhenti selepas itu,ianya adalah continuous sepanjang hidup seorang muslim. Antara bukti kita cinta kapada baginda Rasul ialah dengan Mentawhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala,Menghargai al-Qur'an serta mengamalkan isi kandungannya,taat kepada perintah Rasulullah, mempertahankan diri Rasulullah dari dihina, menyayangi keluarga baginda, berselawat ke atasnya,mendalami ajarannya dan sunnahnya, Mentaati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Menyebarkan Sunnah Nabi, Memperjuangkan sunnah juga bermaksud menghindari amalan bidaah, berdakwah menyebarkan Islam yg dibawa oleh baginda, mencintai dirinya melebihi orang lain,Mencintai mereka yang dicintai Nabi dan lain-lain lagi...emm,bagaimana dengan keadaan para sahabat yg tak pernah buat sambutan maulidurrasul? mereka kurang mencintai Rasululullah daripada kita ke? subhanallah. ya akhi, sabda Rasulullah : “ sebaik-baik kurun adalah kurunku (para sahabat)..” Hadith riwayat alBukhari. Para sahabat r.a. adalah mereka yang paling memahami risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Genarasi salaf adalah genarasi yang paling memahaminya. Mungkinkah mereka terlupa untuk menyambut maulid?? sedangkan cinta mereka kepada Nabi SAW melebihi dari setiap kita pada zaman ini??
setakat saya tahu (wallahu a'lam) para ulama tak bincangkan (wajib atau tidak) mengadakan maulidurrasul ini sebab semua masyarakat di zaman mereka (masyarakat yg dibiasakan dgn budaya ilmu),mereka tahu bahawa ia bukannya wajib.
cuma sebahagian ulama sering ditanya (boleh atau tidak) oleh orang-orang dalam masyarakat yg melihat ada orang melakukan majlis pada setiap maulidurrasul. maka imam-imam seperti Ibn Hajar, Ibn Kathir dan al-Suyuthi cuma mengatakan ia boleh dibuat asalkan tidak melampau seperti dalam kitabnya al Hawi n Bidayah..yang tidak boleh ialah dengan melampau.Umpamanya himpunan beramai-ramai yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan. Juga upama mengadakan majlis Ratib, Qasidah nyanyian seperti golongan sufi tariqat,Marhaban bermimpikan Nabi,solat bersempena mawlid dan pelbagai lagi yg tidak ada asalnya.
5- so,persoalannya apakah yg terbaik? apa yg terbaik ialah kita berusaha mendalami Islam melalui sumber-sumber ilmiah dan kita cuba mengamalkan Islam dan sunnah yang benar dalam
kehidupan. itulah yg terbaik sebagai bukti dan tanda kita ini umat Rasulullah yg mencintai diri baginda. sekadar buat majlis...it's not Enough laa
6- kalau org tanya saya tentang majlis maulid,saya jawab: sambut saja belum cukup.kalau org tanya lagi akan hukumnya?,saya jawab: selagi tak mewajibkan atau mensunnahkan dan tak mengkritik org yang tak sambut, ia boleh.kalau dia tanya lagi apakah pengisian majlis?, saya beritahu: adakan ceramah tentang siapakah itu Rasulullah dan tanda mencintai Rasul dan bagaimana kita hendak mengamalkan sunnahnya dengan betul. Lepas tu masjid/surau/musolla yang ada duit lebih bolehlah buat makan-makan sikit(refreshment provided,he hee). Then after that,buat follow up kuliah tentang hadith dan sirah Rasulullah sama ada bulanan atau mingguan. barulah bertambah ilmu dan berterusan continuous amalan.
so, persoalan paling penting utk kita cuba sampaikan dan fahamkan kepada masyarakat ialah: apa yg lebih baik dan apa yang dibuat oleh para sahabat,bukan persoalan (sunnah atau bid'ah) atau (wajib atau sunat)yg bagi saya sudah lapuk dek zaman. Perlu diingat ada awlawiyyat (keutamaan) yg memerlukan kita utk berdakwah agar lebih clear dan detail, bukan menghukum semata-mata.
JADILAH PENDAKWAH,BUKAN PENGHUKUM
hamba allah,
Iskandariah, Mesir.
wallahu a'lam.
jazakumullah hu khairan kathir
syukran~

jaulah ke giza..
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Khamis, 5 Mac 2009
/
Comments: (0)
salam alaik,
lamanya tak update..
last week kami serumah pergi giza,tengok piramid..banyak ibrah yang kami dapat.suka,sedih,terharu,,,semua perasaan ada..

macam biasa,seawal pagi kami serumah bersiap..hehee diorang excited nak pegi kat piramid tu..lebih-lebih lagi housemate saya yang sorang ni..
Ini merupakan trip to cairo sponsored by our university.Dalam saat kami ke sana banyak juga benda2 yg boleh dijadikan ibrah bagi kami semua,ini kerana bukan sahaja piramid,malahan Nile tower,,,hussein,mohd ali castle,sindbed..(kat sindbed tu kalau x sayang nyawa boleh laa)
tapi sayang,kami x dapat naik ke atas menara tersebut atas masalah2 tertentu..Wallahua'lam~
p/s:actually banyak lg nk cerita ni,disebabkn esok merupakn sports Day kat Mansurah ni..so,kami ada kerja sedikit la..go go chayok kpd sahabat2 yg bersusah payah bagi menyempurnakan majlis sukan ni..
khusyuk dalam solat..
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Jumaat, 13 Februari 2009
Labels:
menteri penyiaran,
Sekilas
/
Comments: (4)
tiba-tiba tgn ni teringin sgt nk menulis.jam kat dinding skng ni dah pukul 4 pagi.mata dah ngantuk,nak tido takut tak jaga subuh pulak.tadi,ada circle (halaqah)..tak sangka mlm tadi sgt lama,tapi kami tak sedar pun.bajet dalam 2 jam je,tapi bila time baca tasbih kifarah n surah al-asr,tgok jam kat tgn rupanya dah 1.30 pagi..uishh,hampir 5 jam hQ kali ni.tapi hQ mlm ni sgt best.tak ngantuk,dan semua org nak bersuara.
mungkin sbb lama tak jumpa.2 weeks exam,n 2 wk winter break.macam2 hal nak share ngan akhawat lain n sang murabbiyah tersayang.hari ni dah masuk sabtu,esok ahad.esok dah start kuliah,n maknanya sem baru pun dah start..huhuuu~
teringat soalan tadi,kenapa sejak kebelakangan ni solat makin tak khusyuk?
jawab salah sorang akhawat,satu je ubat nak suruh khusyuk cuba bayangkan time tu adalah solat yg terakhir utk bertemu dgn allah.rasanya khusyuk kot.
yg lain mencelah,ana pulak study susah nak focus(khusyuk).asal je nak study,tiba2 teringat nak masak,nak basuh baju,nak check e-mail..erm,macam2..
uishh,,terasa la pulak~
allah telah merakamkan dalam kitabnya bekaitan dgn khusyuk,
sungguh beruntung orang-orang yang beriman.iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.dan orang yang menjauhi (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia
(23:1-3)
actually,hilangnya khusyuk dlm solat merupakan satu musibah dan bencana..
sebab tu,rasullullah s.a.w sentiasa berdoa pada allah "aku berlindung dariMu drpd perbuatan yg tidak berguna,aku berlindung dariMu drpd hati yg tidak khusyuk,aku berlindung dariMu drpd jiwa yg tak pernah puas,mata yg tak pernah kering dari menangis,dan juga doa yg tidak di makbulkan.."
doa kita bagaimana?
kalau dahulu kita pernah mendapat roh dalam tahajjud,roh dalam sujud,roh dalam berdoa sehingga mampu menangis atas dosa2 yg dilakukan dan menangis kerana gementar takut bila mendengar peringatan ayat2 allah.
tapi,andai kini hilangnya rasa nikmat khusyuk dalam solat,sama2 kita check balik..jangan kerana dosa2 maksiat kecil yg tlh kita lakukan yg mana kita anggap remeh menjadi punca utk allah menarik sedikit demi sedikit nikmat iman dari dalam diri kita..nauzubillahminzalik~
sebenarnya,solat kita pun adalah salah satu doa,dan antara doa yg sangat2 mengajar kita bagaimana berdoa ialah surah al-fatihah..cuba tgok balik,bagaimana surah tersebut mulakan dgn memuji allah,dan seterusnya meminta dgn penuh mengharap.
dan sememangnya adab kita berdoa adalah penuh dgn takut dan penuh dgn mengharap.
maka kami kabulkan doanya,dan kami anugerahkan kepadanya yahya,dan kami jadikan isterinya dapat mengandung.sungguh mereka selalu bersegera dalam menunaikan kebaikan,dan mereka berdoa kepada kami dgn penuh harap dan cemas.dan merekalah orang-orang yang khusyuk kepda kami.
(21:90)
kalau khusyuk dalam solat,pasti khusyuk dalam segala ibadah yg lain (study,masak,,,)..
dan khusyuk itu bukan benda yg boleh di buat2.
khusyuk berkaitan dgn hati.
andai hati ada masalah atau sakit,maka hilanglah khusyuk tadi dalam ibadah.
sekadar renungan buat diri saya sendiri..
moga allah sentiasa pegang hati kita dari maksiat dan iqab diri dari fitnah dunia.amin~
sampai sini dulu kot.
bilal dah azan subuh.
salam alaik'
25 genih atau 125 genih sebenarnya?!
Posted by
beyt hadiqah abqariah
on Rabu, 11 Februari 2009
Labels:
bendahari,
Jalan-Jalan
/
Comments: (1)
salam..
hi..
hari ini saya dipaksa utk buat post nie..
mentang2 la saya tak pernah buat post..
so,dalam keterpaksaan saya buat jgk..
jd post nie bkn dibuat oleh menteri penyiaran..
smlm saya,jan dan sya rancang nak prgi sikah..
tp tup2 kteorg delaykan rancangan tu..
sebab?!
erm atas sebab yang tak dapat dielakkan..
bincang duk bincang,akhirnya kteorg decide prgi lps asar..
alhamdulillah prjalanan tadi lancar..
teksi pn senang dapat..
sampai je kt sikah..
kteorg terus prgi cari comforter..
sya la tu nk jgk comforter..
comforter dy tu buat hal..
kne iron..(bdk umah ni ''HA'' buat2 fhm la ye)..
huhu..
tapi sya nak jgk,so kteorg prg la kt kdai pakcik yg jual comforter tu..
sya pn beli la comforter..
lepas tu survey2 kt kedai pakcik tu,ada la cadar..
tup2 jan berkenan..
so,tnye la harga kt pak cik tu..
dy pn cakap 25..
jan pn syok la..
murah,ada 2 pasang cadar plak tu..
siap dgn sarung bantal..
jan pn ambil la..
last2 mse nk bayar..
jan bagi la duit sekeping not 100..
tp pak cik tu mnggeleng-geleng..
dy ambil kalkulator n tulis 125!!
korang tau?
mse tu nk bagi balik cadar tu da x smpi hati cz da letak dlm plastik..
nak tak nak,jan bayar jgk..
xpela jan yek..
kte kongsi sme2 la cadar tu ye..
nie la cadar tu..
jeng2..
comel x?

lps tu kteorg prgi cari kasut..
syu nak beli kasut..
nie la kt kedai tu..
pilih pnye pilih last2 syu berkenan satu kasut nie..
sementara pak cik nak prgi cari saiz yg sesuai sempat la kteorg ambil gambar..
nie salah satu pak cik kat kedai itu..
pastu kteorg beli aiskrim n pulang..
balik rmh plak ramai org berkumpul kat dpn istad gam'ah..
nk prgi tgk konsert tamer hosny..
erm...
mesir2..
p/s:kpd musyrif [KAK] ,bilik kteorg da kemas..
huhu...
zumi,
=)
Iman
Asalamualaikum (^_^)
entry kali ini bukan daripada Menteri Penyiaran tetapi daripada salah seorang ahli beit Hadiqatul Abqariah. hehe...
sebenarnya mood hari ni agak bercampur-baur. Sedih dan gembira. Kenapa saya sedih agaknya? Erm..Saya sedih sebab saya dapat satu berita yang memang sangat mengejutkan semalam. Dan saya gembira pulak sebab akhirnya Allah dah buka mata saya terhadap apa yang selama ni saya tak nampak dan buat2 tak nampak.
Ujian ni memang agak berat buat saya tapi harap2nya Allah akan menguatkan iman saya agar dapat melaluinya dengan baik. Sebelum ini, saya dan ahli beit yang lain diuji dengan ketiadaan air. Mungkin bunyinya agak leceh tapi sebenarnya sangat menyeksakan. Saya tahu tak berhak untuk saya menyalahkan Allah di atas ujian ini kerana siapalah saya sebenarnya. Detik nafas saya ni pun atas simpati dan kasih sayang DIA. Maka, apa hak saya untuk meminta itu ini kan?
Tapi kan, saya tak nafikan bahawa kadang2 saya rebah dalam dugaan sekecil ini. Saya selalu mengeluh. Mengeluh dan berkata, "kenapalah air tak ada masa ni?" Saya - selalu menganggap diri saya sudah melakukan yang terbaik. Seolah-olah saya sudah lengkap imannya. Tapi bolehkah saya mengatakan diri saya ini beriman sedangkan saya terlalu cepat melatah dalam menghadapi masalah ni?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan : "Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?
(29:2)
(29:2)
saya tak tahu jawapan untuk persoalan tadi.
Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity
Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity
luahan yg tak kesampaian..
Posted by
beyt hadiqah abqariah
Labels:
Luahan,
menteri penyiaran
/
Comments: (3)
sebulan yg lalu....
saya dah pening sangat.pening sangatttttttttttt. so,aci tak saya tulis kat blog ni bahawa betapa saya bengang sangat ni!!!!! bolehlah kan. Ini blog saya juga. maka,dengan sesuka hatilah sayalah nak tulis apa-apa pun. kan kan?
begini,semalam ketika mesyuarat sulit antara saya n xxxxxx berlansung,saya terbau asap.Bukan saya seorang la. yang join mesyuarat tak rasmi tu pun semua bau. lepas tu tengoklah kat luar tingkap.tengok-tengok, ada asap. apa lagi,menjerit la semua orang.
huhahuhahuhauahaaa!! (melampau wo0 ''_,)
selepas semua dah penat memekik terlolong,keadaan jadi tenang semula. rupanya motor air rosak lagi. weh,bengkek betulla. saya dahla tengah stress time tu.weh....
dan korang tau apa jadi hari ni?
Hari ni takde air.
dan..saya sangat2lah...........
-aku yang bengkek giler
~luahan tak dapat diteruskan kerana penulis terlalu sebak.kesulitan amat dikesali. Sekian,terima kasih.
.............................................................................
(hehee...td sy nak edit post yg lalu,tiba2 terbaca luahan macik mana entah yg tersedia ada dlm draft.housemateku lupa nak publish kot..rasanya,
so,,,,,kpd (ahli beytku) yg tulis luahan ni sblm ni,,sorry la yer i dah tlg publish =p
lucu jugak hang ni ya~
berbalik pada masalah xda air tadi,skng ni umah kami d landa lagi musibah yg sama..huhuu harini dah masuk hari ke-3 xda air.maka dapur pun x berasaplah...mkn pun krib firakh d sonesta depan tu..air sembahyang guna air mineral.
waste product???hmmmmm~
kenapa la masalah air xda ni,,padahal baba dah tukar motor air baru..
baba....tlg kami.baba di mana?huhuuuu baba kami sbnarnya skang ni duk kat kuwait.
oh,baba ibrahim (kembar dia baba saleh)
kami merindui pertolonganmu,
huhuhuuuu~
p/s:Ya Allah,harap2 hari ne dah ada air.byk plan lagi ni nak buat sblm cuti berakhir...nak buat cake.huhuuu~