Pengikut
Untuk Diri Sendiri dan Semua Yang lupa
Saya sebenarnya yang lalai dengan nafsu dan syaitan.
Kerana mudahnya tergoda, maka iman manusia biasa itu tidak statik. Ada kala turun, ada kala naik. Kalau tarbiyah dzatiyahnya bagus, maka insyaAllah dia tetap teguh. Kalau nafsu sendiri masih beraja walaupun luarannya bagus bertudung labuh atau bersongkok, tak mustahil dialah pengkhianat Allah yang terbesar.
Hal nafsu dan iman. Hal dalam hati, meskipun secara hakikat, kedua-duanya akan terpancar zahir di mata manusia. Namun sebetulnya, bukan semua perkara dalam hati itu kita tahu bukan?
Kalau tidak, masakan ada pepatah "rambut sama hitam tapi hati lain-lain."
Segala rencana jahat yang kita fikir mahupun kita lakukan, segalanya tersimpan rapi rahsia antara kita dan Allah selagi mana kita tak membocorkan mulut sendiri. Sebab itulah timbulnya istilah hipokrit dan talam 2 muka. Sebab luarannya nampak bagus sekali, tapi hati dan dalamannya berkulat.
Ingat, walau bagaimana kemas pun kita menjaga segala kekotoran hati kita, segalanya akan terlihat jua suatu hari nanti. Ketika itu terduduklah kita tatkala bukan hanya umat ini, malahan seluruh umat daripada zaman Nabi Adam 'alayhi sallam hingga ke umat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam melihat segala keaiban diri. Tanpa kurang walau hanya satu ayat yang kita tuturkan.
Oleh itu lawanlah nafsu jahat yang datang daripada hati kita itu. Jangan biarkan hati yang dahulunya bersih kini mati dan membusuk. biar mata buta, asal mata hati celik.
Bila itu terjadi hakmi buta mata hati, maka tentu sahaja yang bathil dan haq tak mampu sudah hendak dibezakan. Dan ketika itu, lahirlah seorang lagi manusia yang perasan.
Menyangka apa yang kita lakukan itu baik sedangkan di sisi-Nya, ia tak lebih daripada sekadar dosa.
merasakan baik amal kita, tetapi rupanya tak lebih daripada sekadar sampah.
Wallahu 'alam.
Jannah,
RI,
6.08 petang
Selepas Sebulan
Lama dah rasanya saya tak mencoret di sini. Perhatian lebih tertumpu pada blog peribadi lebih-lebih lagi semenjak kami berpindah rumah.
Banyak perkara yang dah berlaku dalam jangka masa ini. Ada yang buruk namun ada juga yang baik. Seimbang. Alhamdulillah.
Lama sudah saya ingin menulis tetapi tak tercapai hajat. Entah kenapa, setiap kali jari saya memetik nama blog ini, hati saya jadi sayu. Mungkin saya rindukan kenangan itu. Rumah dan keluarga itu sudah sebati dengan diri saya.
Setahun pertama saya di rantau orang, benar-benar membuatkan saya menjadi orang yang lain.
Saya tidak menyesal berpindah kepada keluarga lain. Bahkan saya berasakan bahawa kami semakin rapat semenjak duduk berjauhan. Biasalah tu, bila jauh baru terasa rindu. Hehe.
Kini, masing-masing sudah mulai mencorak langkah ke arah destinasi yang sama namun cara yang berbeza. Mungkin kami sudah berpecah arah. Namun apa yang pasti, blog ini takkan didelete walaupun cik Syakirah dah bising-bising. :)
"Jann, deletelah blog tu."
"Laa, buat apa nak delete pulak. Biar sajalah."
"Malulah takde entry baru."
"Ala relaxlah. Sayang kalau padam. Dah penat-penat tulis."
"Ala, Jann updatelah."
"Hmm, tengoklah dulu."
Jannah,
Beyt Muadz,
11 malam
p/s : Sekarang saya dah tulis ni, jadi takde sebab cik Syakirah nak padam dah kan? Hehe. :p
pantun maksiat
Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,
Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,
Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,
Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,
“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??
Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,
Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….
---- USTAZ AKHIL HAYY----
serah kunci rumah
tak ada benda menarik yang nak diceritakan..
semuanya sepi..
sepi dengan rumah baru serta exam yang belum berkesudahan..
terkadang tido di rumah baru,dan adakalanya bermalam di imarah oren sementara saat2 akhir meninggalkan rumah kami..
30 jun 2009
hari terakhir kami menginap di istana oren..
30 jun 2009
sekali lagi kami berlima berkumpul membersihkan rumah sebelum menyerahkan kunci pada baba..
dan hari ni jugak hari kak hana angkat barang pindah ke rumah baru..
sedih rasanya..
sedih sebab tiada lagi bi'ah yang wujud dalam istana oren
sedih sebab meninggalkan nokity street..
sedih sebab meninggalkan kedai "selamat datang"
sedih sebab dah tak boleh lalu depan kedai dahab..
sedih sebab pasni dah tak boleh dengar bunyi gitar di malam hari VOM sebelah rumah..
nokity street..
street yang sangat sarat dengan ketenangan bila malam hari..
mushrif2 malizi pun banyak kat lorong tu..(hehe senang mintak tolong)
syari' nokity ni sangat sebati dengan kami..
kedai pak arab "selamat datang" di simpang jalan sangat sinonim dengan kami budak2 imarah oren..
kini,
semuanya hanya dalam kenangan.
blog ni insyaAllah nanti zumi akan update selalu..
(kalau zumi rajin laa)
sekian dulu..
bukan terakhir..
syu, sya, jan, hana...(zumi xde)
beyt abqariah...usrati...jan,syu,sya,zumie,Hana .. & Kak Qaiyah (kenangan time raya haji 08 kat rumah kitorang)
"Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemau untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
syari'atMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. tunjukkanlah
kepada hati-hati ini akan jalanNYA..penuhkanlah hati ini
dengan piala yang tak kunjung malap.lapangkanlah hati-hati
ini dengan limpahan iman dan keyakinan.. ''
p/s:waktu kat dapur tadi,aku dengar syu gitau pada sya jangan lupa bawak kamera turun bawah sebab malam ni lepas maghrib merupakan tazkirah 2nd last atau mungkin terakhir (seperti kebiasaan,setiap isnin kami berkumpul satu imarah kat tingkat 2..muzakirahnya sesama kami je..) dan mungkin malam ni merupakan hari terakhir kami berkumpul bersama..25 akhawat...kami satu imarah (satu blog) kena move out by 30 jun..terima kasih pada pak arab mahmud sebab beli imarah ni..pun begitu,ada hikmah atas setiap yang terjadi..moga allah melindungi kita semua..
kelmarin hana dah akad rumah baru.hari ni jan dan zumi pulak akad nikah ngn rumah baru.dua minggu lepas sya dan syu.ohh...sememangnya kami berpecah.harap perpisahan pada zahir sahaja bukan pada batin.syu dan sya sabar ye..hujung minggu nanti pergi la melawat hana kat umah budak2 dentist n melawat jan n zumi juga =)
"bertemu dan berpisah kerana ALLAH.."
by: one of ahli beyt abqariah...sayang kamu semua =(
mujahid muda dan lama..
al-fatihah..
tadi,saya ada buka blog seorang kawan ni,belajar kat zagazig.merupakan sahabat baik kepada allahyarhamhu ammar sejak dari sek rendah hinggalah MATRI,DQ dan akhirnya sama2 sampai ke mesir.moga kita semua redha dengan pemergiannya.kami yang tidak mengenali beliau dan hanya sekadar mempunyai pertalian saudara sesama islam, mengenali dengan membaca dan mendengar tentang beliau turut merasa sayu dan syahdu dengan pemergian mujahid muda ini.
moga Allah menempatkan allahyarhamhu bersama para syuhada' dan solihin di syurga abadi..
petang tadi lepas asar waktu mesir,kita digemparkan lagi dengan berita kematian seorang lagi kader dakwah yang banyak berjasa kepada islam terutamanya dalam bidang penulisan. Beliau ialah Fathi Yakan,mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Kitab-kitab dan hasil tulisannya menjadi rujukan pelbagai jemaah dan gerakan Islam di seluruh dunia. Antara yang terkenal ialah "maza ya'ni intimai fil islam" ataupun "apa ertinya saya memeluk Islam?" ,al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain..
sebut pasal buku ''maza ya'ni intimai fil islam'',mengingatkan saya tentang kelas yang telah berlangsung lebih kurang dua kali dan disyarahkan oleh seorang ustaz dari University Al-Azhar di sini.kelas tersebut diwajibkan kepada semua pelajar perubatan tahun satu,merupakan anjuran UPI under perubatan cawangan tempat kami.
al-fatihah..
fathi yakan
''malaikat-malaikat yang memikul Arsy dan malaikat yang
berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji tuhannya dan mereka beriman
kepadanya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), ''Ya Tuhan kami,rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu,maka berilah ampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti jalan agamaMu,dan peliharalah mereka dari azab neraka.Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn' yang
telah engkau janjikan kepada mereka,dan orang yang saleh di antara nenek moyang mereka,isteri-isteri,dan keturunan mereka. sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa
Maha Bijaksana..''surah al-mu'min:7-8
satu muhasabah,dengan bertambahnya usia,maka makin berkuranglah waktu untuk tinggal di dunia..
bersama kita menyambung wasilah Rasullullah SAW....DnT~
p/s:kepada sahabat2 yang dah nak balik malaysia tu,selamat jalan dan selamat bertebaran di awangan..jaga diri baik2.moga sentiasa berada dalam nikmat iman dan islam~
sejenak ku terfikir...
aku terima akad dikau..
*29 mei 2009*
nafkah sebulan...LE 250 (RM155.30)
syarat termaktub..(bayaran sewa rumah sebulan sudah termasuk
bil elektrik,air,internet..)
''sampah letak depan pintu umah sebelum pukul 9 pagi setiap hari''......pesan Baba
alhamdulillah ala kulli hal..allah permudahkan..
pasni tak payah fikir2 lagi naaa pasai umah~
jom kita tengok
......hasil akad syu dan sya siang tadi......
moga Allah kurniakan kebahagiaan dalam keluarga baru ini..amin
time akad...(alf syukran pada kak mufidah)
baba..cute tak?...(ni la baba kami).....
masyi betul ngan loghat amiyah dia..eyh,susah beno den nak paham
anyway,u all still focuss k..
next paper..PHYSIOLOGY
kena pindah before 30 june..
huhu..sob3..
T_T
singgah kejap..
hmm..seminggu gap yang di beri untuk next exam dah semakin berkurang..
debaran kian bertambah..
internet pulak xder untuk beberapa hari..
next exam..
-paper biochemistry (for jan,sya, and syu)
-physical and inorganic (for hana and zumi)
doakan kami..
* kitorang dah dapat rumah baru for next year..
jemput la korang datang nanti.. =)
sanah helwah gamilah buat jan,sya,hana..
erm,entry kali ni khas untuk 3 orang ahli rumah kami yang berkenaan..
buat jan yang baru besday kelmarin 19 mei
dua minggu sebelum jan..hari special buat sya,5 mei..
dan seminggu sebelum sya,tarikh bermakna buat kak hana..26 april
haishh,diorang ni lahir tarikh dekat2, tapi jarak agak jauh jugak..
kan senang kalau beza sehari je.
letih menteri masakan nak keluarkan list nak masak special..aiseh,konon T_T
macam2 planning ktorang rancang n last sekali takdir sambut 3 hari sebelum tarikh lahir beliau..
sambut awal tu sebab semuanya spontan..
sepatutnya nak postpone sebab kebetulan 26 tu ada exam practicle..
tapi,hari khamis (23 april) pakcik kak hana dari malaysia,transit kat mesir jap (nak g mekah)..so,melawat anak sedara dia jap..punya la kak hana terkejut sebab pak ngah call pukul 10 pagi dan di jangka sampai rumah kami jam 12tengahari..
ok..
nak sambut pakcik kak hana punya pasal,
makanya sya ngan syu bergegas ke restoran ape entah..pergi beli ayam golek kat belakang kuliah tibb.
kak hana kat rumah masak nasi + kemas rumah ngan zumi..
and kak hana for the first time,siap buat potato salad lagi..
sampai waktu yang dijangka..
last2 pak ngah tak nak naik pun rumah kami kat tingkat 4 sebab segan..
tup2..pak ngah ajak kak hana keluar jalan2 kat luar ditemani pemandu pelancong..
adoai..kami kat rumah punya la excited sebab nak sambut sedara dari malaysia even pak ngah tu takde talian darah ngan kami..tapi..pak ngah kak hana,pak ngah kami jugakk..
tapi takpe..kami happy tengok kak hana happy..
sebab...
kak hana dah pandai buat salad potato...sedaaaap~
oleh kerana makanan banyak sangat,
ditambah sya buat bubur lambuk+ makanan zumi beli +....
so,
time kak hana keluar ngan pak ngah tu,mesyuarat agung bermula.kami berempat bercadang nak sambut besday kak hana malam tu jugak sebab makanan banyak sangat..
so,sya ngan syu terus ke kedai kek petang tu...zumi dan jann terus ke pizza king.
makin bertambah2 laa menu malam tuu..
belum pukul10 malam,semua dah pengsan keletihan..
kak hana sorang je tak tido lagi..
last2,jan decide kita cancel je event malam tu..huhuuu
kek aiskrim bermalam kat rumah atas sementara pizza2 tu dok bawah katil jan..
ok...
malam keesokannya..
time tu kak hana pergi tuisyen,dia pulang dari kelas dalam kul9 mlm..
sepatutnya habis kelas kul8 malam..
dekat sejam kami menunggu dia..adeh.
kak hana sampai kat rumah,blackout la pulak..
kesian dia...terpanggil2 nama sya kat pintu.takut sebab gelap..(penakut jugak sbenarnya kak hana ni =p)
dalam kegelapan,kami nampak cuak giler muka dia..mungkin sebab satu rumah takde orang..
tiba2 time dia berjalan menuju nak keluar rumah,(agaknya nak naik rumah atas)bunyi laa plak lagu besday..(music je..)
syu ngan sya pasang music dalam laptop + letak dua bijik speaker kat koridor..
(jiran arab depan rumah kami pun sebok duk tengok..macam paham2)
jan pulak duk menyorok belakang pintu dalam kegelapan..
jan sepatutnya kena tutup pintu secara mengejut lepas kak hana bukak pintu n letak kasut kat tepi,kira macam nak suruh kak hana terkejut+seram laa..tapi jann tak tutup pun,dia kata takut nanti kak hana terkejutkan dia balik.adeh..ni lagi sorang...hmmm,penakut bebenor.
zumi jugak la berani pelik.dok sorang2 n diam2 sambil duk prepare belon+tepung kat bawah meja.. T_T
kak hana baru balik kelas..penantian suatu penyeksaan..huuu~
sorry yer kak hana sebab kek ais krim bertukar jadi kek air krim..sya dan syu tak ingat nak pesan kat rumah atas letak kat freezer.
ok..khalas cerita tentang besday kak hana..
malam 5 mei,takde pizza..ade welatain(welatain ni alternatif lain menggantikan ayam kfc..sebab kfc boikot)
malam 5 mei tu sangat menarik...sambil discuss buku virus2 ukhuwwah..
kiranya sambut sekali ngan yang jann la malam tu..
ada orang sponsor makan welatain..huuu~sya dan jan mengucapkan terima kasih pada yang berkenaan..
ok..khalass
gambar time besday jann..?kami upload lain kali yep..panjang lebar dah ni.letih dah nak cerita..sebenarnya,catatan2 ni sekadar kenangan untuk persahabatan kami berlima..mungkin tahun depan kami dah tak bersama..siapa tahu..apepun,semua kuasa Allah..ada hikmah atas sesuatu yang berlaku..
moga ukhuwwah yang terbina sentiasa mendapat redha ILAHI..
moga dengan pertambahannya umur..mendekatkan lagi kita dengan allah..bertambahnya umur,maka berkuranglah waktu yang tinggal untuk kita hidup di dunia..
~Ama zilna~
Nothing to say,just wanna shared some harmony song from Morocco ^_^
Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need
In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you
Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold
In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you
Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are
My heart is Allah’s,
My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s
.:Stand Tall and Unite:.
Doing in busy studying actually we should wonder to find the something that can be relief our 'Tension' keh2...just kidding.firtsly,we should know what is tujuan kita study nih,persoalannya berapa ramai orang yang letak study or course yang dorang amik nih kerana ISLAM.pernah x anda fikir kenapa mesti anda pilih and amik course tu???adakah kerana apa?mak ayah?diri sendiri?jawab r>>>???tanya diri sendiri tuh,tanya diri tuh?untuk apa?
kalu sekarang nih,bukak je paper,tengok headlines je dah ngeri,misteri macam-macam menghantui Umat Islam pada zaman abad kurun ini...dengan masalah sosial yang kian membanjiri remaja di waktu ini,boleh dikatakan akhlak remaja Islam dah rosak la.abisla,,sape lah yang nak jadi pemimpin yang melaksanakan hukum Allah berlandaskan Quran and Sunnah ni???so,skunk nih pon,peperangan juga dah berlaku kat Umat Islam,kita x leh wat pape pon just tengok dari jauh n hantarkan doa kat mereka.di situ kan,ada x anda terfikir yang bahawa anda perlu study betol-betol kerana nak tolong dorang.yer la kan,tanpa ilmu yang hebat and pernguasaan teknologi yang canggih kita x akan dapat balik or merampas kuasa kejayaan Islam yang pernah menguasai sepertiga dunia nih..adakah kau lupa?kita pernah berjaya?gitu la kot~x reti nak wat ayat r..haha
walau apa pon bidang yang kita ceburi nih,haraplah kerana Allah n Islam tu sendiri,janganlah fikir bila aku abis grab nih aku nak tu .nak nih,aku nak bina ni,itu ini,itu,ini,abisla korang!!!sesiapa yang ada niat yang x elok tuh baik,istighfar balik and pasangkan niat baru.Ingat tuh,anda adalah harapan agama kita,x kira la kita nih,kecik ke..besar ke..tinggi or pendek..janji masa yang ada nih dengan sebaiknya.sampai bilakah anda sanggup tengok umat2 Islam kat dunia ni menderita??violent,atrocities n etc sampai bila?
Then,ukhuwwah antara umat Islam juga perlu dijaga.x kira bangsa or warna kulit cuba kita meet umat Islam seluruh Dunia .klu mampu r,itu amat penting .kerana apa?fikir sendiri r,x kanlah Islam tu leh naik camtu je tanpa "unity".bersatu tu amat penting .kalu sorang compared to ramai mana yang boleh menang and bangkit dengan cepat or mudah.so ,faham sendiri r.
Lastly,just nak tekankan,walaupon ada rasa putus asa bila berhadapan dengan musibah or exam dunia nih..ingatlah Allah selalu bersama kita.Jangan takut tuk jadi orang yang cemerlang.agama kita memerlukan orang yang hebat seperti khalifah2 yang dahulu, salahuddin al-ayyubi n etc,sanggupkah kita tengok Islam dalam kegelapan?sampai bila?sedarlah hakikat ini.lepas ini fikirkanlah nasib-nasib umat Islam yang harus dibela.jangan mudah putus asa walaupon pelbagai dugaan yang datang melanda.
sekadar sedikit perkongsian and bagi peringatan kat diri ini juga yang kekadang kita lupa akan nikmat pemberiannya adalah untuk kita manfaatkannya dengan sebaik-baik mungkin selagi nyawa kita masih ada.
Marilah sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, kita semua dapat bersatu dan berganding bahu dalam merealisasikan janji Allah bahawa Islam itu lebih tinggi dari yang lain.
Wallahua'lam
Lyrics D-Clique Lyrics Stand Tall Lyrics
i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
see you and i are one in the same
we feel a need to change
don't wanna blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no muslim nation
don't we got a name to protect
realize this we got islam on our back
representing truth
how can we survive it ain't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and i'll shout it out
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
i can see the pain
i can take the blame
i can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me prayin cuz i'm on my knees
now prayin for the day that we all can live
prayin for the day that i teach my kids
all the right and wrong
i gotta stay strong
say it one more time
my people stand tall
my people just stand tall
woah my people just stand tall
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise
i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall
my people just stand tall
p/s:Boleh dikatakan berapa orang je yang betol2 percaya yang Allah yang menguasai ke atas result Exam kita.percayalah,sesiapa yang betul2 menetapkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah pasti merasai nikmat kejayaan itu sendiri.letakkanlah kepercayaan kepada ALLAH SEPENUHNYA dan letakkanlah Islam dihati kita bila kita study .InsyaAllah... sesiapa yang ingin menolong agama Allah,Allah akan menolongnya dalam apa yang dia hajati.kepada readers, plz wat sesuatu benda tuh,mestilah tuk Islam. moga2 Islam menjadi sesuatu yg kalian cintai~
khas buat ma,mami,ummi,mak,mama....kami..
khas buat ma,mami,mak,ummi,mama..
(kebetulan dlm umah ni,kami berlima panggil dgn panggilan berbeza)
apep0n,,,bahasa melayu tetap IBU..
selamat hari ibu..
belum terlambat rasanya sebab bagi kami,
setiap hari pun...hari ibu..
orang kata,bila berjauhan..barulah nak menghargai
dan kini,sememangnya betapa kami sangat merinduimu..
nasihatmu pembakar semangat..
doakan kejayaan kami
dalam imtihan final yang kini sedang berlangsung (18 april-5 julai)..
next exam...oral anatomy..huuu =)


satu hati..
last entry pasal award dari housemate saya,jannah.dah lama dia tak update blog ni..hehe,tu pun syu yang suruh jan.syu pun lama dah tak update.
entry kali ni pasal pesanan seorang akak pada kami,dan saya ingin berkongsi dengan anda semua..
ceritanya macam ni,suatu malam sedang saya baru usai solat isyak,tiba-tiba sony ericsson kat meja berbunyi.nombor yang tertera di skrin hp rasanya saya macam tak kenal..sememangnya saya tak kenal pun.pendek cerita,seorang wanita telah menghubungi saya.pada mulanya,saya agak pelik sebab macam mana akak ni boleh call sebab lepas dia memperkenalkan diri,dia kata dia sendiri tak kenal pun saya.rupanya ada orang bagi nombor saya kat dia supaya ukhuwwah terjalin antara kami.biasalah tu,lebih2 lagi duk tempat orang kena hidup berjemaah.
sebenarnya,akak tu sekadar ingin bertanya khabar..
cuma satu perkara yang menarik hati saya untuk berkongsi dengan anda bila dia membuka cerita pasal pengalaman hidup kat mesir ni time2 nak exam..
"adik study macam mana,ok tak?kawan-kawan serumah ok?akak teringin nak share satu perkara.benda ni sendiri pernah terjadi pada akak dulu.bila je time nak exam,entah kenapa masalah yang melanda ialah bila tengok muka housemate sendiri,tiba-tiba jadi menyampah giler.padahal,orang tu tak buat salah apa-apa pun ngan kita.asal je nampak dia,hati ni memang terasa benci sangat2.lagi2 kalau nampak kawan tu rajin sungguh mengadap buku.macam2 timbul,dengki tengok dia study..tak senang hati dan macam2 lagi. Dan ada jugak situasi bilamana tiba2 timbul perasaan tak best dengan kawan dan tak bercakap dengan housemate sendiri tanpa sebab.kebetulan atau...??nauzubillah..
mungkin ini satu ujian bagi kita.pun begitu,jangan kerana sedikit kelemahan diri,kita tumpas dengan rancangan syaitan..nauzubillah min zalik.."
pantas saya menjawab dalam hati.."Ya Allah,takutnya.janganlah ada housemteku yang benci bila tengok aku.nauzubillah..mintak jauh ujian ni dari rumah kami.."
sambung akak tu lagi..."even busy macam mana pun nak study,jangan pentingkan diri sendiri.kalau time masak,kena la masak.solat kena jaga.jangan kerana nak exam,solat jemaah terhenti..paling penting,jaga hubungan dengan kawan.."
erm,terima kasih atas perkongsian kak zie......
apepun,main point yang saya nak kongsi kat sini,jangan pentingkan diri sendiri..dan sentiasa menjaga hubungan dengan kawan..sama-sama belajar memaafkan.
malam lepas kak zi telefon,subuh keesokannya saya dah cerita hal ni pada jan,syu,zumi lepas solat subuh bersama..(jan kata bajet tazkirah la kejap)..
dalam diam saya terfikir,ada message yang allah nak sampaikan pada kami serumah.mungkin message tu allah sandarkan pada akak tadi supaya kami tak terus jauh dibuai rancangan syaitan.memang tak nafi,rumah kami agak jarang solat jemaah bersama berbanding dahulu.tapi,solat maghrib tetap diteruskan.cumanya,kalau subuh berjemaah tu agak tergendala sikit padahal dalam hadis nabi,solat subuh berjemaah pahala lagi besar..adeh.(saya sendiri susah nak bangun subuh kalau tido lewat..huu)
"utamakan subuh dari study.jangan kerana study sampai lewat pagi,tapi akhirnya subuh gajah.tak salah kalau kita tido awal,pastu bangun awal.."~kak asma'

p/s:minta maaf pada semua kawan yang mengenali (housemate sy),maaf atas segala kesilapan serta kekurangan diri..
Blog Paling.....?
Lepas dengar tu,sempat saya tergelak kecil dalam hati.
"Hahaha.Berukhuwahlah sangat.Berukhuwah masa nak kenakan orang," saya bermonolog.
Huhu.Takdelah,gurau je.Kami bukan setakat berukhuwah masa mengenakan orang jer.Ukhuwah kami memang rapat, InsyaAllah dan harap-harapnya akan terus berkekalan sampai bila-bila walaupun mungkin tahun depan kami dah tak bersama.Tak bersama?Misteri ni misteri...
Okaylah,kita cerita pasal anugerah ni ye.Benda ni kami dapat daripada allgreenislamic.blogspot.Siapa ya tuan punya blog?Erm,kalau tak silap,Al-Amin.InysaAllah betul.
:)
Sewaktu saya diminta untuk membuat entry pasal award ni,takde pulaklah Syu beritahu benda lain.So,saya assume takdelah kot R&R untuk dapatkan award ni.Jadi,saya just letakkan sahaja ye award ni sebagai kenangan.No passing passing.Meshi?
Ha,inilah dia award yang ditunggu-tunggu.Amacam, cun tak?Jannah
terapi tutup lubang hidung..
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
Saya biasanya merasakan sakit kepala dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau, "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat tetapi tidak sembuh. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu hingga sekarang, sakit kepala saya tidak berulang lagi.
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Nasihat saya, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut. Ramai orang telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan ubat yang dalam jangka panjang memungkinkan kesan sampingan. Jadi kenapa anda tidak mencubanya? Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Yang paling utama, jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua-dua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu.
info:perubatan mesir
dapat award?
salam semua,
yea haaaa,, blog ni dapat award buat pertama kalinya.sedar tak sedar,masa terus berlalu.blog ni pun dah hampir lima bulan wujud..kami kat sini pun sekarang ni tengah sibuk nak final exam.rasa macam baru kelmarin daftar kat fakulti..(haaha,ye la tu.daftar la sangat..daftar ngan orang arab.teringat pasal daftar mendaftar ni,nak buat visa kat amnu daulah tu punya la susah nak khalas.asal je nampak muka budak malizi mesti dia cakap bukrah..agaknya diorang suka budak malizi selalu pergi sana.macam la kami ni takde kerja lain.so,jawapan yang sama.bukrah n bukrah(esok).adoi,,mesir oh mesir)~
"macam perli je apis ni.blog kita bukan ceria pun..boloq ada la" kata anak makcik ma.
"ala,,,ambil je,kalau tak ambil,nanti apis terasa pulak"...kata anak pakcik mustapah pada anak makcik ma tiga hari yang lalu..
makanya,petang ni baru berkesempatan update blog ni.
ni laa award yang kami dapat..
cantik..cantik,
apepun,terima kasih ye apis..
ceria blog kamo0 lagi..~ngee jangan perasan.
temuduga terbuka..
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan anda?2. Apa Agama anda?3. Siapa Nabi anda?4. Apa Kitab anda?5. Di mana Kiblat anda?6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di
sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari
aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat
berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu
ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"..
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini…
by:perubatan_mesir
jangan bersedih..
Dan milik Allahlah apa yg ada di langit dan di bumi.(dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan balasan yang lebih baik (syurga)
(iaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji,kecuali kesalahan-kesalahan kecil.Sungguh, Tuhanmu Maha Luas ampunnya.Dia Maha Mengetahui tentang kamu,sejak dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang bertakwa..
an-najm:31-32
p/s: syafakillah buat hana,zumi,jann,syu..sejak 2,3 hari ni hana demam,zumi pulak sakit perut (internal bleeding),jan dan syu pun sakit perut jugak cumanya mungkin tersilap makan..alhamdulillah sya sihat,tapi sakit jugak sebab pagi kelmarin kena iron.traumatized of skin.shock kejap je..(huhuu "tebolah" kata zumi)..apepun,moga penghuni beit abqariah cepat sembuh dan kembali ceria..usbur ayub yep korang.
kepada anda semua,jaga kesihatan tau..
salam imtihan dari kami..selamat berjuang!!
kenapa la kamu nak berdebar?
ESOK.
Hari yang mendebarkan semua orang,tak pasti la semua orang ke tak.tapi,yang pasti kami berlima agak terkejut dan sangat berdebar.lebih-lebih lagi housemate saya yang sorang tu.
saya sampai je kat rumah tengahari tadi,dia menyambut saya di hadapan pintu dengan muka yang agak cuak.dah la saya letih berjalan kat padang pasir tu sorang2 (sorang2 sbb jan dan syu lecture kat rumah hari ni),,,ditambah pula dengan mukanya yang pucat macam baru terpandang lembaga,membuatkan hati ini tak keruan..
dan ayat pertama yang keluar dari mulutnya "awak tahu tak apa yang berlaku esok....?"
apa yang jan maksudkan langsung tak terlintas di fikiran saya..
rupa-rupanya Malaysia nak dapat PM baru..
hadeh~



