Pengikut

temuduga terbuka..

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN! !!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan anda?2. Apa Agama anda?3. Siapa Nabi anda?4. Apa Kitab anda?5. Di mana Kiblat anda?6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di
sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari
aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat
berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku
hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-
laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu
ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"..


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini…

by:perubatan_mesir

jangan bersedih..



Dan milik Allahlah apa yg ada di langit dan di bumi.(dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan balasan yang lebih baik (syurga)

(iaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji,kecuali kesalahan-kesalahan kecil.Sungguh, Tuhanmu Maha Luas ampunnya.Dia Maha Mengetahui tentang kamu,sejak dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang bertakwa..

an-najm:31-32

p/s: syafakillah buat hana,zumi,jann,syu..sejak 2,3 hari ni hana demam,zumi pulak sakit perut (internal bleeding),jan dan syu pun sakit perut jugak cumanya mungkin tersilap makan..alhamdulillah sya sihat,tapi sakit jugak sebab pagi kelmarin kena iron.traumatized of skin.shock kejap je..(huhuu "tebolah" kata zumi)..apepun,moga penghuni beit abqariah cepat sembuh dan kembali ceria..usbur ayub yep korang.

kepada anda semua,jaga kesihatan tau..

salam imtihan dari kami..selamat berjuang!!

kenapa la kamu nak berdebar?

3 April 2009

ESOK.
Hari yang mendebarkan semua orang,tak pasti la semua orang ke tak.tapi,yang pasti kami berlima agak terkejut dan sangat berdebar.lebih-lebih lagi housemate saya yang sorang tu.
saya sampai je kat rumah tengahari tadi,dia menyambut saya di hadapan pintu dengan muka yang agak cuak.dah la saya letih berjalan kat padang pasir tu sorang2 (sorang2 sbb jan dan syu lecture kat rumah hari ni),,,ditambah pula dengan mukanya yang pucat macam baru terpandang lembaga,membuatkan hati ini tak keruan..
dan ayat pertama yang keluar dari mulutnya "awak tahu tak apa yang berlaku esok....?"

apa yang jan maksudkan langsung tak terlintas di fikiran saya..
rupa-rupanya Malaysia nak dapat PM baru..
hadeh~

jenguk2...cultural day~



tadi,alhamdulillah kami serumah di beri keizinanNYA untuk sampai ke sana walaupun tersesat jugak pada mulanya.best jugak tadi..dapat makan sate,karipap,,dan banyak lagi kueh tradisional malaysia..(terubat rindu kami pada makanan malaysia).. makanan kebangsaan mesir pun banyak jugak,,antaranya kusyari,dan...~

Dr Nisren

tak tau tangan sape~

lepas makan,kami terus balik..lagipun tak boleh la lama2..nanti habis pulak makanan kat situ.presentation dari malaysia tadi sangat menarik..time ni la kita dapat promote negara kita pada diorang..so,pasni tak payah la budak2 misri kat kuliah ulum tu kata pada hana dan zumi dan budak2 malizia lain "buyah"...huhuuu

sape tahu ape maksud "buyah"???




cantik pokok tu..kan??


Lala Masak Serai

Hampir 6 bulan belajar di sini barulah saya dan ahli beit dapat merasa nak makan lala.Sebelum ni tak tahu pun ada lala kat sini.Ingatkan ayam dengan ikan jer.Baru-baru ni je baru tahu sebab budak2 rumah atas beli.Murah pulak tu.Jadi,setelah sekian lama merancang tak habis2,baru hari ni beli sebab siang tadi Syu,Hana dan Zumie pergi suq.

Tapi disebabkan masing2 pun tak pernah masak lala kat rumah,makanya kena search dalam internet la.Cari punya cari kat Myresipi,jumpalah akhirnya - Lala Masak Serai.Oh,senang jer nak buat Lala Masak Serai ni rupanya.Kacang goreng jer.Ahaks!

Maka bermulalah aksi chef-chef terhandal Malaysia.Tak lain tak bukan;Sya,Zumie,Hana dan Syu.Saya pulak buat apa?Huhu...Saya berehat je sebab petang tadi dah penat siang ikan.Bagilah chance kan,ye dak?Dan setelah hampir sejam,inilah hasilnya yang mereka dapat....jeng jeng jeng!

Ahaks!

Jangan cepat hakimi kami.Daripada gambar memang nampak macam tak sedap.Tapi confirm sedap.Sebab...dah masuk perut pun.Hahaha!

Akhirnya selamatlah lala-lala ni semua berenang dalam perut kami.Semoga rezeki ini berkat;ameen...

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

pergilah sepi..

salam,,
alhamdulillah ala kulli hal..
rumah kami dah kembali ceria..
seceria anak burung pipit yang baru mula belajar bercakap..
dalam seminggu ni,rumah kami dilanda sepi..
entah mengapa..semua orang bersikap berdiam diri..
yang pasti,saya sendiri turut menyepi..

hari ini hari jumaat..
penghulu sekelian hari..
kami berlima menghabiskan masa bersama di rumah,
dan jugak buku2 medic yang turut sibuk mintak diberi perhatian serius..
huuhuuuu..

exam around the corner!!!

hari ni hari jumaat,


Sabda Rasulullah s.a.w. ,
"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi)
korang dah baca kahfi belum??biasanya org baca malam khamis..dan pagi jumaat..
zumi dan syu sedang mengembeleng tenaga memotong + membasuh + mencuci ayam dan seangkatan yang berkaitan dengannya.kata zumi nak masak kari.sedapnyerrrr...
hari ni turn chef zumi n chef syu masak..
jan dan hana pula masih dibuai mimpi..i think,diorang khailulah kejap je kot sebelum zohor.kan sunnah nabi...ngee~
oh yer,esok (28th march)ada INTERNATIONAL CULTURAL DAY kat gam'ah (university) kami..
combination of students from malaysia,egypt,saudi arabia and syiria..
aktiviti dia macam menarik je kat iklan tu..
ada national choir,martial art,video,,,
booth historical place,achievement,holiday destination,NATIONAL FOOD,,,etc...
"alaa,korang pergi kejap je.pegi makan2 pastu kalau macam boring,balik laa.".......pesan kak iman pada saya time dia datang rumah kami hantar iklan ni..hehee betul3,lps makan balik laa~ngee
ok la,solat zohor dulu yep...
salam alaik~

kisah Zinnirah

ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka."Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah."Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba."Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya."Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.

Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar.
"Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya."Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya."Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar."Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah."Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam."Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.

Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang mendalam pada agama Islam dan Allah.

"Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi."Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya.

"Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya."Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.

Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya."Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya.
"Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.

Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.
Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu
.