Pengikut

Raya Dengan Iman


wah,pening-pening. makin dekat nak raya ni makin pening. makin sibuk saya nak uruskan akaun rumah ni. banyak betul barang yang ahli bait nak beli sempena raya ni. nak jamu bebudak imarah oren ni nanti,InsyaAllah. akhawatlah katakan. sudahnya, saya yang botak mengira angka yang banyak nanti. hehe..

buat sahabat-sahabatku yang tersayang oi. beli tu beli jugak. tapi jangan membazir sudahla. yang penting pengisian hati kita nanti. harap-harapnya raya ni disambut dengan iman,bukan dengan nafsu. peringatan untuk diri saya sendiri juga ni. sebab selalunya kita hanya menyambut raya ni dengan jasad saja. rohnya pula terbang ke London. Raya kerana ia adalah tradisi semata-mata. jadi, taknaklah macam tu kan.so, harap-harapnya raya kali ini akan jadi aidiladha yang paling bermakna buat kami,di mana selepas ini kami akan jadi hamba yang jauh lebih baik berbanding sekarang. Ameen...

jadi...sudahkan anda bersedia untuk berkorban jiwa,nyawa dan harta demi Allah?

tepuk dada, tanyalah iman.

0 comments: