
selepas maghrib tadi ada kelas mengaji seperti biasa. tapi,tak ramai yang berjaya datang. ada yang sakit,ada yang pergi ke kaherah dan macam-macam lagi.boleh kata dalam 13 orang jer yang berjaya lepas dalam perlawanan iman ni.
oleh sebab sikit sangat orang,jadi malam ni kami tak mengaji ikut kumpulan.malam ni kami ada pertandingan tajwid antara kumpulan oren dan kumpulan betik. memang sengit tetapi sangat menyeronokkan. banyak sangat hukum-hukum tajwid lama yang kami ingat semula. selain tu,best sangat sebab dapat rapatkan ukhuwah dengan akhawat-akhawat blok oren. rasa macam satu keluarga besar pula.
tapi sayang ada dugaan menimpa kami. tapi takpe,dugaan itu tandanya Allah masih ingat pada kita kan.malam ni,Jann dan Syu terkunci di luar sampai pukul 12 malam sebab Jann lupa bawa kunci. Dia ingatkan Hana taknak temankan Sya dan Zumie pergi klinik,sebab tu dia tak bawa kunci. tapi dah ketentuan Allah juga,maka Hana pun pergi klinik dan akhirnya Jann dan Syu tersadai di persimpangan..huhu..
sepanjang hari ni jugak,air takde. memang takde siapa yang sanggup memasaklah di kala kegersangan ini. sudahnya,kami makan sekali sahaja hari ni.kuruslah kami lepas ni kan..hehe..
haii,macam-macam. banyak dugaan terhadap kami,namun dugaan itu sebenarnya pengubat kerinduan kami terhadap DIA. kalau takde dugaan,takut-takut kami lupa akan-NYA. Jadi,terima kasih Ya Allah untuk dugaan ini.. :)


2 comments:
cun r gambar...nk mintak no ley??da berpnye ke semua?
erm,wlpn sy x dpt msk umh hr2,sy duk kat umah tingkt 5..dpt gak ziarah sahabat2 yg sakit hr 2 huhu..pastu,kami duk bincang isu palestin,yg smlm tuh yg rmai yg x dtg tuh.. hahaha...
Catat Ulasan