Pengikut

exam daa habis!!!

tersengih memanjang budak2 medic yang baru je habis exam even paper last (biochem) agak...........(''_,)
aktiviti seterusnya....

GOTONG-ROYONG PERDANA 2
penghuni abqariah ni,,,kitorg nak buat gotong royong malam ni(28 jan)..hehee sy update jap,sambil tunggu budak2 gigi balik.diorang ada kelas malam ni..

semalam dapur rumah kitorg terbakar...tak la sampai satu dapur,tapi satu imarah blh terhidu bau asap..

ceritanya begini,,sya masak nasi..kain buruk ada kat tepi tu,mungkin dia tak perasan kain tu terkena api kat tepi periuk tu.sambil tunggu nasi tu masak,dia g solat maghrib kejap.jan yg kbetulan masuk ke dapur,nampak api kat kain tu sedang menyala..

jan padam api tu,then letak kat kabinet(tempat asal kejadian)..

ni la kabinet tu....
hasil kejadian...(teruk kitorang kalau baba tahu)

nak jadi cerita,rupanya api kat kain tu masih berbaki membara.cuma jan tak sedar sebab lepas letak kain tu kat kabinet,dia terus blah..nasib baik la lepas sya solat maghrib,dia masuk dapur....tapi time tu hanya allah yg tahu betapa kabusnya dapur rumah kami,dan api menyala datang dari arah kabinet.

alhamdulillah,kebakaran masih dalam tahap boleh di selamatkan..

hasilnya,,,,tupperware gula kitorang yg duduk berhampiran kain buruk tu habis malap....huhuuu next time kena g sikah la nampaknya,beli yg baru.hmmmm,,,,duit lagi~


exam week


lama sungguh tak bukak blog ni. macam hampeh je kan baca post yang lama. bukan apa,internet rumah kitorang tip top tip top la. asal nak update je,takde internet. asal taknak update je,laju pulak internet connection..

this 2 weeks,budak2 ordinary ada exam. so,3 orang daripada kitorang la yang busynye. nak kata sibuk tak sibuknya,rumah kitorang dah lama tak dikemas. tapi takpe! 28 hb nanti,lepas exam je kitorang terus cabut ke rumah dan kemas semua2 harta karun yang bertimbun ni. harap2 tak jumpalah benda pelik2 ek. seram ar..


menanti saat masuk ke dewan

heater peneman setia

buku jadi bantal waktu tidur

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity

SALAM AIDILADHA!!

salam...
rasa xpercaya yg saya tgh meng'update' blog for da first time.hehehe..first n
foremost nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA HAJI utk semua especially family tersayang di Malaysia..sedeynye xdpt nk smbt raye dgn mama,ayah,kak long,baby n mimi..xpe2 nnt thn dpn insya-ALLAH adik blk=)

sambutan aidiladha kt sini meriah.dorg buat korban kt tepi2 jln jer..esok ader open house PCM.td baru lepas potong n blend cili kering..sgt byk smpi bersin2 dibuatnye..huhuhu..

anyway semoga aidiladha kali ini lebih baik dr yg sebelumnya..dan semoga amal kita diterima oleh-Nya...jumpa lagi!!

-H.a.N.a.-

tumbuh gigi baru,,


Salam semua,,buat ahli beyt ku yg tersayang,,jan,hana,syu,zumi..terima kasih atas segalanya.dalam masa hampir dua minggu ni,,macam2 perkara berlaku.yang paling menguji kesabaran bila sakit gigi.sebenarnya ada gigi geraham baru nak tumbuh...hmmm,sampai nak demam kerana kehadirannya.

pernah suatu hari,time tu kat dapur..tengah saya merungut,tiba-tiba jan bersuara "sabar la,jan tahun ni dah 3 kali gigi sakit"..bila dengar jan cakap macam tu,rasa bersalah sangat2..allah baru uji sikit je,tapi mengeluh lebih-lebih...astaghfirullahulazim.

Ya Rahman,terima kasih atas segala rahmat yg telah engkau berikan.maha suci engkau,Maha Berkuasa atas segalanya..

dua minggu lepas,zumi belanja makan pizza kat gala',,,dekat je ngan rumah kitorang.malam tu makan kat luar sebab masa tu rumah kitorng habis gas,jadi x blh la nak masak.balik dari pizza king tu,zumi ngan hana pergi kelas.sy dgn jan pulak telefon mushrif minta dia tolong hantar pergi klinik sb sakit gigi.sebenarnya nak check je,tak sangka pulak DR AHMED tu nak cabut.dia kata sebab gigi tu goyang.huhuuu,,lain yang sakit,lain pulak yang kena cabut.

masa sebelum cabut tu,punya la takut..orang arab ni dah la kasar,lagipun mungkin sebab dah lama tak cabut gigi..last sekali masa zaman sekolah rendah.jadi,dah lupa trauma sakit kena cabut gigi tu macamana.nasib baik gigi yg dia cabut tu kat dalam.kalau tak,selamat la sy time senyum...hehee

next appointment,2 hari lepas tu.waktu tu jam 7 malam.Dr Ahmed suruh buat x-ray. masalahnya kena pegi buat x-ray kat klinik lain sebab kat klinik dia takde.malam tu zumi ngan hana pulak yg teman.sampai ke gawazat kitorang pergi sebab nak cari klinik utk x-ray....nasib baik mushrif kami malam tu sangat expert ngan bahasa ammi.zumi pun x-ray jugak malam tu sebab dia nak filling gigi dia .sebelum kami jumpa mustashfa x-ray tu,hampir 5 klinik kitorang pergi tapi semua xde perkhidmatan utk x-ray.malam tu memang betul2 menguji kesabaran...

tepat jam 10,kitorang dah sampai kat klinik gigi tu.malam tu Dr Ahmed terpaksa balik ke Al-Azhar sebab ada hal,lagipun dia memang doktor kat sana.so,,,dia mintak wife dia,Dr sarah yg treat sy ngan zumi malam tu..

alhamdulillah,,segalanya berjalan lancar~

sakit gigi ni,memang dahsyat sebenarnya...kalau tak,mana mungkin nabi sebut dalam hadis.apepun,ianya tetap satu nikmat..
di kesempatan ini,terima kasih tak terhingga buat jan,hana,zumi,,dan mushrif kami ust amir yg banyak berkorban..
sesungguhnya jasa korang semua tak ternilai,hanya allah dapat membalasnya.terima kasih sekali lagi...

buat ahli beyt ku yang tersayang..jan,hana,zumi,syu sesungguhnya telatah korang pengubat rinduku pada ma,abah dan keluarga kat rumah..huhu

moga ukhwah yang terbina takkan putus (walau sebesar sg nil) ujian melanda..amin~

Sehari di SuQ

semalam saya, Sya dan Syu keluar ke Suq Dirasat untuk membeli sedikit barang keperluan rumah sempena raya ni. Hana dan Zumie tak dapat ikut kerana mereka ada kuliah. Maka,selepas Zohor bermulalah aktiviti pencarian sayur dan daging.



Masa dalam teksi,kami bertiga rancak sangat berborak. Sampaikan dah terlepas dari Suq. Nasib baik pakcik teksi tu ingatkan kami. Kalau tak mahunya kami sampai ke Alexandria terus semalam. Di Suq banyak gilerr orang. mungkin sebab nak raya dah kan,jadi banyak orang yang nak beli barang keperluan juga. Ha,kat bawah ni antara gambar-gambar yang kami ambil di sana.







"bisur'ah bisur'ah!" kata budak lelaki baju kelabu tu. Semangat sungguh dia nak bergambar. Hajat nak beli mihun bertukar menjadi sesi fotografi sekejap.haha.

letih juga membeli. Dan banyak juga barang yang dibeli. tapi Alhamdulillah,tak lebih bajet. Ha, jeng jeng jeng! tengoklah barang-barang yang kami beli.muahaha!

p/s : gambar ni gelap sebab time tu,rumah kami takde elektrik-terputus!

Hidupkan malammu

QIAM PERDANA-PESTA IBADAH MALAM ZULHIJJAH
-HIDUPKAN MALAMMU-
tarikh : 6 disember 2008/8 Zulhijjah 1429 hingga 7 disember 2008/9 zulhijjah 1429
Tempat : Imarah Oren, Nokity Road(depan istad gam'ah)
Aturcara Majlis :
6 Disember 2008
4.52 ptg Iftar jamaie' + solat maghrib berjemaah + zikir munajat
5.45 ptg Murattal Kalamullah
6.10 ptg Preparation Isya' + Solat Isya'
6.35 ptg Briefig + min 'ain ila albi
7.10 ptg Renungan Qalbu
8.45 mlm Tangguh majlis + Supper + Study + Jumpa esok ye, InsyaAllah
7 Disember 2008
3.30 pg Qiamulail Jamaie(tahajjud+taubat+hajat+witir)
4.30 pg Sahur
5.04 pg Subuh jemaah +ma'thurat + Doa pagi
5.30 pg Takbir
5.50 pg Evaluasi
6.15 pg Bersurai
peringatan : Sila bawa kain telekung, al-Quran,buku catatan, buku study serta barang keperluan bermalam yang perlu
Daripada Ibnu 'Abbas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda : Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan hari-hari ini iaitu 10 Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah?Ujar baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (HR Bukhari)

pesta Ibadah Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum wbt

Kami,wakil imarah oren ingin menjemput sahabat-sahabat semuslim(akhawat sahaja) tak kira GMN,MM,AQ,MARA,Yayasan atau sesiapa sahaja untuk sama-sama memeriahkan Pesta Ibadah Bulan Zulhijjah yang akan diadakan pada waktu terdekat ini.

Butiran majlis:


Tema : Hidupkan Malammu
Tarikh : 6 Disember 2008/8 Zulhijjah 1429 sehingga 7 Disember 2008/9 Zulhijjah 1429
tempat : Imarah oren tingkat 2


Aturcara akan dimulakan dengan iftar jami'e dan diteruskan dengan aktiviti yang bakal dimaklumkan selepas ini. Qiamulail perdana juga akan diadakan pada hari seterusnya yakni 7 disember 2008. Jangan risau,penginapa disediakan.

oleh itu,sahabat-sahabat sekalian dijemput untuk sama-sama mengejar saham akhirat. Maklumat seterusnya akan diberitahu pada masa akan datang. Untuk pertanyaan, sila hantar ke ruangan komen.