salam ukhwah fillah semua,
siapa kami?entah la
kami sebenarnya berlima..
syu,sya,jan,hana,zumi.semua
malaysia tulen.cuma belajar je kat mesir.di kalangan kami,ada yg berasal dari selangor,kuala lumpur,kelantan,kedah,dan terengganu.2 dari kami alhamdulillah ambil program dentistry,dan 3 lagi alhamdulillah dapat peluang menerokai dunia perubatan~
alhamdulillah,moga2 semua jadi doktor muslimah.
rumah ni nama abqariah...sebab tu blog ni nama
hadiqatul abqariah(taman bijaksana)....tiba2 sy teringat kak abqariah,senior sy dulu.dgr cerita dia dah kawen,,tahniah~
kitorg budak2 umah ni dah tukar organisasi.kalau dulu jan n hana yg in charge blog ni.sekarang,
hana dah jadi menteri kebersihan,sentiasa utamakan rumah kami bersih dan ceria walaupun kebiasaannya kami seharian di gam'ah(university).malam pulak budak2 dentistry ada kelas,yg lain masing2 dalam bilik study memanjang.jumaat je kami habis masa bersama,biasa laa kelas 6 hari seminggu.jumaat ada jugak kelas,pagi je.
ok
,jan pulak menteri masakan.best jugak Jan jadi bahagian masakan,hari2 dia bukak internet update blog dia,sambil tu search pasal menu masakan rumah kitorg.betul tindakan jan,,kadang2 terasa boring jugak.hari2 masak kari,sup,goreng simple,masak merah,asam pedas..hmm,tu la lauk harian umah ni sebelum ni.bergantung kpd yg bertugas,kalau tiba2 rajin nak main santan..rajin la diorg bergulai.tp skrg dah berubah,jan dah bg menu yg kitorg x pernah explore dan x pernah terfikir ada ke masakan macam tu???..hehee terima kasih jan.rasanya menu pertama hasil research,murtabak telur maggie.best jugak,mkn dgn nasi.
apepun,semua rezeki dari allah.seharusnya kita semua bersyukur.macamana la ye jiran2 kita kat palestin???diorang ada ke masa nak main2 internet,ada ke peluang utk ibu2 berfikir nak masak special2 utk keluarganya??rasanya,yg ada hanyalah terfikir syahid dan waktu.
sedihnya,,,
kami x mampu tlg mereka,sedangkan kami berada di mesir yg hanya bersebelahan dgn gaza.
Ya Ghaffar,ampunilah kami,yg kami mampu hanyalah mendengar berita kematian saudara kami yg kian hari bertambah bilangannya.yg kami mampu setiap waktu mendengar bunyi jet pejuang yg berlegar-legar di awan menuju ke gaza.entah bawa bom,entah bawa bantuan..dan yg kami mampu hanya usaha sebesar zarah untuk memboikot product2 musuh2Mu..ampuni dosa2 kami..ampuni kesalahan kami,dosa ibu bapa kami,guru2 kami,sahabat2 kami,saudara2 kami yg syahid d jalanMu,dan dosa al-anbia',dosa nabi muhammad s.a.w serta para sahabat,dan ahli keluarga baginda.amin...hmmm,,hasil
cabutan undi malam 28 jan 09 hari tu dan berkuat kuasa bulan februari 2009,syu pulak dah jadi bendahari dan
zumi pulak setaiausaha agung rumah kami.setiap 2 minggu,kerja baru zumi ialah catit brg2 dapur yg d beli dan masukkn dlm akaun rmh.skang ni buku akaun kira-kira rumah dah pun save dlm laptop acer dia.
syu pulak dapat jawatan baru,tiap2 bulan kutip 50 genih utk duit dapur.
dan
sy,,hmmm dapat jawatan baru juga...kena update blog umah.sy x pandai menulis,dan xsuka menulis tp suka membaca.tp dah takdir tercabut kertas undian yg tertulis
''menteri penyiaran''...
housemate sy yg lain memg masing2 ada blog sendiri,dan diorg sgt rajin update blog.sy sblm ni xpernah join pun
dunia blogger ni.
afwan kathira andai slps ni ada tersalah kata,tersilap bicara,harap semua (lbh2 lagi housemateku)boleh menegur dan memberi komen membina.
tujuan kitorg buat blog ni pun mula2 dulu,,kalau sy xsilap saja2 je.sekadar kenangan kami berlima,nak berkongsi pengalaman dgn antum wa antunna smua...
memg lumrah dikaitkan pelajar medic mana ada masa nak main2 update blog ni,buku medic sendiri x habis nak baca...ini pulak buang masa duk crita benda xda faedah..
ok,,,insyaAllah lps ni kitorg akan share pasal ilmiah la pulak..
walaupun sy bukanlah org yg alim utk bercerita tentang hal-hal agama,,tapi sy teringat akan hadis ni
''sampaikanlah dariku walau sepotong ayat''~HR BUKHARIrasanya dgn hadis ni,memotivasikan sy utk terus berkongsi dgn ahli beyt(housemate) sy sendiri dan sahabat2 lain tentang kalam2 allah.dan memang kita diingatkan perlu saling berpesan2,sebab fitrah manusia itu sendiri ialah pelupa..
salam alaik'