Pengikut

erm,dugaan dugaan...

salam A'laik ,,,entah mengapa tangan ini rajin lak nak menulis....just a little bit sharing with us..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Erm,memandangkan Allah amat menyayangi kita dengan menguji kita dengan ketiadaan air satu imarah oren nih x de air,selama beberapa hari..itu pun kita dah merungut..cuba kita fikir nasib saudara2 kita di palestin ,bahagiakah mereka??inilah yang dikatakan lumrah hidup,..sama gak klu kita study aje sedangkan tanpa imtihan ???ape akan jadi dengan ilmu yang kita perolehi itu !!sama ada sebati ke x dalam diri kita..adakah kita akan dapat manfaat daripada ilmu yang kita pelajari??sama gak dalam kes ini,ini menunjukkan betapa Allah itu kasih dan sayang kat kita semua sebenarnya..dengan adanya ujian baru r kita dapat tengok sejauh mana kesabaran n ketakwaan kita kpdNya actually,kita boleh amik ibrah daripada apa yg terjadi sebenarnya betapa lemahnya iman kita sebenarnya.saya harap kita semua dapat berfikir sejenak kerana setiap musibah tu ,pasti ada hikmahnya kan??mungkin ini adalah satu peringatan untuk kita semua kerana mungkin selama ini kita telah meninggalkan satu suruhan daripadanya,mungkin juga kita tidak melakukan amar makruf n nahi mungkar dan mungkin,mungkin jugak..apa2 yg kawan kita lakukan kesalahan kita tidak tegur..dan banyak mungkin r yg dapat disentuh kat sini..huhuhu~

Maksud ayat daripada surah al-baqarah,ayat:155
Dan kami pasti akan menguji kamu kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepada org2 yg sabar..


Oleh itu,ini adalah satu ENLIGHTENMENT tuk kita semua.Moga2 apa musibah yg ditimpa ke atas kita lepas ini menjadi satu dorongan untuk kita mendekatkan diri kita kpd Allah ta'ala n ibadah kita menjadi lebih baik selepas ini..ok la, i must stop my writing now~

PS:/ terima kasih diucapkan kpd k syakirah yang sanggup masak selama 2 hari wlpn x de air hari utk kami smua..n x lupa juga buat ahli beit yg lain yg tlg beli makanan ...

damiatte~



ramai pulak yg memancing...~

oh ye,kelmarin seharian kami sekeluarga (jan,sya,hana,zumi n shu)pergi picnic kat damiatte,subhanallah..cantik sungguh.tp,lebih kurang je scene kat malaysia,cumanya kat situ tempat pertemuan antara sg nil n laut mediterranean..iye ke?wallahua'lam~










p/s:huhuu rindu nak balik malaysia.dekat rmh sy ada pantai jugak (pantai irama)(''_,)

......~kekasih & Temanku Yang Abadi....~


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku,
Dengan wudu', Aku kau sentuhan
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu,mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan
syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca
beberapa halaman.
Di waktu ptg,Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang..seawal pagi sambil minum kopi..engkau baca
surat
khabar dulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan
hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi…
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Semoga bermanafaat.

siapa sebenarnya kami??

salam ukhwah fillah semua,
siapa kami?entah la kami sebenarnya berlima..syu,sya,jan,hana,zumi.semua malaysia tulen.cuma belajar je kat mesir.di kalangan kami,ada yg berasal dari selangor,kuala lumpur,kelantan,kedah,dan terengganu.2 dari kami alhamdulillah ambil program dentistry,dan 3 lagi alhamdulillah dapat peluang menerokai dunia perubatan~
alhamdulillah,moga2 semua jadi doktor muslimah.
rumah ni nama abqariah...sebab tu blog ni nama hadiqatul abqariah(taman bijaksana)....tiba2 sy teringat kak abqariah,senior sy dulu.dgr cerita dia dah kawen,,tahniah~

kitorg budak2 umah ni dah tukar organisasi.kalau dulu jan n hana yg in charge blog ni.sekarang,hana dah jadi menteri kebersihan,sentiasa utamakan rumah kami bersih dan ceria walaupun kebiasaannya kami seharian di gam'ah(university).malam pulak budak2 dentistry ada kelas,yg lain masing2 dalam bilik study memanjang.jumaat je kami habis masa bersama,biasa laa kelas 6 hari seminggu.jumaat ada jugak kelas,pagi je.

ok,jan pulak menteri masakan.best jugak Jan jadi bahagian masakan,hari2 dia bukak internet update blog dia,sambil tu search pasal menu masakan rumah kitorg.betul tindakan jan,,kadang2 terasa boring jugak.hari2 masak kari,sup,goreng simple,masak merah,asam pedas..hmm,tu la lauk harian umah ni sebelum ni.bergantung kpd yg bertugas,kalau tiba2 rajin nak main santan..rajin la diorg bergulai.tp skrg dah berubah,jan dah bg menu yg kitorg x pernah explore dan x pernah terfikir ada ke masakan macam tu???..hehee terima kasih jan.rasanya menu pertama hasil research,murtabak telur maggie.best jugak,mkn dgn nasi.

apepun,semua rezeki dari allah.seharusnya kita semua bersyukur.macamana la ye jiran2 kita kat palestin???diorang ada ke masa nak main2 internet,ada ke peluang utk ibu2 berfikir nak masak special2 utk keluarganya??rasanya,yg ada hanyalah terfikir syahid dan waktu.
sedihnya,,,
kami x mampu tlg mereka,sedangkan kami berada di mesir yg hanya bersebelahan dgn gaza.

Ya Ghaffar,
ampunilah kami,yg kami mampu hanyalah mendengar berita kematian saudara kami yg kian hari bertambah bilangannya.yg kami mampu setiap waktu mendengar bunyi jet pejuang yg berlegar-legar di awan menuju ke gaza.entah bawa bom,entah bawa bantuan..
dan yg kami mampu hanya usaha sebesar zarah untuk memboikot product2 musuh2Mu..
ampuni dosa2 kami..
ampuni kesalahan kami,dosa ibu bapa kami,guru2 kami,sahabat2 kami,saudara2 kami yg syahid d jalanMu,dan dosa al-anbia',dosa nabi muhammad s.a.w serta para sahabat,dan ahli keluarga baginda.
amin...

hmmm,,hasil cabutan undi malam 28 jan 09 hari tu dan berkuat kuasa bulan februari 2009,syu pulak dah jadi bendahari dan zumi pulak setaiausaha agung rumah kami.setiap 2 minggu,kerja baru zumi ialah catit brg2 dapur yg d beli dan masukkn dlm akaun rmh.skang ni buku akaun kira-kira rumah dah pun save dlm laptop acer dia.
syu pulak dapat jawatan baru,tiap2 bulan kutip 50 genih utk duit dapur.

dan sy,,hmmm dapat jawatan baru juga...kena update blog umah.sy x pandai menulis,dan xsuka menulis tp suka membaca.tp dah takdir tercabut kertas undian yg tertulis ''menteri penyiaran''...
housemate sy yg lain memg masing2 ada blog sendiri,dan diorg sgt rajin update blog.sy sblm ni xpernah join pun dunia blogger ni.afwan kathira andai slps ni ada tersalah kata,tersilap bicara,harap semua (lbh2 lagi housemateku)boleh menegur dan memberi komen membina.

tujuan kitorg buat blog ni pun mula2 dulu,,kalau sy xsilap saja2 je.sekadar kenangan kami berlima,nak berkongsi pengalaman dgn antum wa antunna smua...
memg lumrah dikaitkan pelajar medic mana ada masa nak main2 update blog ni,buku medic sendiri x habis nak baca...ini pulak buang masa duk crita benda xda faedah..
ok,,,insyaAllah lps ni kitorg akan share pasal ilmiah la pulak..
walaupun sy bukanlah org yg alim utk bercerita tentang hal-hal agama,,tapi sy teringat akan hadis ni

''sampaikanlah dariku walau sepotong ayat''~HR BUKHARI

rasanya dgn hadis ni,memotivasikan sy utk terus berkongsi dgn ahli beyt(housemate) sy sendiri dan sahabat2 lain tentang kalam2 allah.dan memang kita diingatkan perlu saling berpesan2,sebab fitrah manusia itu sendiri ialah pelupa..

salam alaik'

ma'arad kutub..



jan,hana,zumi,sya dan syu...semua merancang untuk membeli buku itu dan ini setibanya di ma'arad kutub nanti..
sebelumnya selamat kami sampai ke cairo,macam2 perkara berlaku.rancangan awal nak bertolak seawal 8pagi 29 jan,tapi atas urusan tertentu,tiba2 kitorg dapat call pagi tu,,,,terpaksa laa kami postpone bertolak lepas zohor...
dan,sekali lagi rancangan pending...terpaksa bertolak lepas maghrib lantaran ada lagi urusan yg terpaksa didahulukan..masa tu semua dah give up sbb leceh kalau bertolak malam.mana nak cari mushrif????
akhirnya kitorang pergi jugak malam tu dengan sorg mushrif..(kebetulan classmate zumi nak ikut).tapi yg sedihnya syu x jadi ikut sebab pening kepala..x pe syu,5hb ni ada jaulah kan?

hmm,,sampai kat cairo around 10 p.m,kami menumpang di arma.malam tu tak sangka ummi ikut sekali,dia pun kebetulan nak g cairo and flight dia balik malaysia keesokan hari.thanks ummi sebab belanja kitorang..
ma'rad kutub buka lepas zohor sebab kebetulan haritu hari jumaat.so,kitorg pergi round2 kat sebuah shopping complex jap pagi tu.saja je sementara tunggu waktu zohor.al kisah pergi round2 cairo,,kali ni kemunculan seorang ikhwah yg kitorg tak kenali n tiba-tiba dia nak ikut kitorg,tapi x pe...mungkin dia nak teman mushrif kami sebab mushrif kami keseorangan..

masa tgh pusing2 mencuci mata tgok kristal,,akhi tu memperkenalkan diri dia pada kitorang.rupanya dia ni dulu sorang ahli kump nasyid kat malaysia..dulu dia pernah berduet dgn inteam,hijjaz dan sekarang sedang menuntut di shoubra.

buat akhi aliflamra,terima kasih banyak2 tolong kitorang cari buku atlas anatomy even nak tercabut dah kepala lutut gara2 berjalan xberhenti...(hehee..sape suruh nak ikut)
dikesempatan ini,kitorg nak minta maaf andai ada salah silap,terkata belakang ke..
heheehee kami juga insan yg lemah =p

"wahai orang-orang beriman,jauhilah kebanyakan daripada prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.." 49:12

pergi cairo kali ni banyak sgt ibrah yg kitorang dapat.
moga jadi pengajaran buat semua ahli beit abqariah...huhuu~

exam daa habis!!!

tersengih memanjang budak2 medic yang baru je habis exam even paper last (biochem) agak...........(''_,)
aktiviti seterusnya....

GOTONG-ROYONG PERDANA 2
penghuni abqariah ni,,,kitorg nak buat gotong royong malam ni(28 jan)..hehee sy update jap,sambil tunggu budak2 gigi balik.diorang ada kelas malam ni..

semalam dapur rumah kitorg terbakar...tak la sampai satu dapur,tapi satu imarah blh terhidu bau asap..

ceritanya begini,,sya masak nasi..kain buruk ada kat tepi tu,mungkin dia tak perasan kain tu terkena api kat tepi periuk tu.sambil tunggu nasi tu masak,dia g solat maghrib kejap.jan yg kbetulan masuk ke dapur,nampak api kat kain tu sedang menyala..

jan padam api tu,then letak kat kabinet(tempat asal kejadian)..

ni la kabinet tu....
hasil kejadian...(teruk kitorang kalau baba tahu)

nak jadi cerita,rupanya api kat kain tu masih berbaki membara.cuma jan tak sedar sebab lepas letak kain tu kat kabinet,dia terus blah..nasib baik la lepas sya solat maghrib,dia masuk dapur....tapi time tu hanya allah yg tahu betapa kabusnya dapur rumah kami,dan api menyala datang dari arah kabinet.

alhamdulillah,kebakaran masih dalam tahap boleh di selamatkan..

hasilnya,,,,tupperware gula kitorang yg duduk berhampiran kain buruk tu habis malap....huhuuu next time kena g sikah la nampaknya,beli yg baru.hmmmm,,,,duit lagi~


exam week


lama sungguh tak bukak blog ni. macam hampeh je kan baca post yang lama. bukan apa,internet rumah kitorang tip top tip top la. asal nak update je,takde internet. asal taknak update je,laju pulak internet connection..

this 2 weeks,budak2 ordinary ada exam. so,3 orang daripada kitorang la yang busynye. nak kata sibuk tak sibuknya,rumah kitorang dah lama tak dikemas. tapi takpe! 28 hb nanti,lepas exam je kitorang terus cabut ke rumah dan kemas semua2 harta karun yang bertimbun ni. harap2 tak jumpalah benda pelik2 ek. seram ar..


menanti saat masuk ke dewan

heater peneman setia

buku jadi bantal waktu tidur

Jannah
Hadiqatul Abqariah
Syari' Nokity